Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lebih Ramai Dan Santai, Matlamat Sampai!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-02
in BULETIN, UTAMA
0

Susuk tubuh yang sentiasa digeruni di jalan raya khususnya dalam kalangan penunggang motosikal yang seboleh-bolehnya mengelak dari bertembung dengan pihak Polis, baru-baru ini telah dihimpunkan di bawah satu program yang sama. Santai Riders Bersama Polis Kedah yang berlangsung di Dataran Ibu Pejabat Polis Kedah Kontinjen (IPK) ini mendapat sambutan menggalakkan apabila dihadiri lebih 1000 penunggang motosikal dan peminat sukan bermotoran.

Program anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah ini adalah kerjasama dengan Santai Anak Utara (SAU), Belia Mahir dan Moto Wazi yang bertujuan untuk mendekati golongan penunggang motosikal. Dalam masa yang sama, memberi kesedaran serta penerangan lengkap berkaitan undang-undang jalan raya. Turut sama memeriahkan lagi program ini ialah Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Bin Salleh dan Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Datuk Abu Samah Bin Mohd Noor untuk sesi bicara santai.

Selain itu, banyak lagi aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan lumba motor slow, pameran-pameran Jabatan PDRM dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Bengkel Safety Riding oleh Wazi Motor yang dikendalikan oleh pengasasnya, Ybhg. Encik Haji Wazi Abdul Hamid. Beberapa nama lain turut terlibat dengan mendirikan reruai (booth) antaranya termasuk Sekolah Memandu Baling, Celcom Prepaid, Tobaki Racing, One Sticker, Wan Mieyol, SAU dan Belia Mahir.

Selepas selesai solat Maghrib, program diterukan lagi di sebelah malamnya dengan sesi tazkirah yang bertajuk Keselamatan Nyawa Di Jalan Raya Dari Sudut Pandangan Islam. Disampaikan oleh Ustaz Mohammad Iskandar Shah Bin Ibrahim dari Ibu Pejabat Daerah Kulim ini berlangsung selama 30 minit. Beliau turut dibantu moderator Ustaz Mohd Shukri Bin Abdul Wahab dari IPK Kedah. Program melabuhkan tirai dengan segmen penyampaian hadiah untuk cabutan bertuah tajaan Tobaki Racing!

Previous Post

Warna Lebih Segar, Jentera Lebih Agresif!

Next Post

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga Dan Pencinta Motosikal!

Next Post

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga Dan Pencinta Motosikal!

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved