Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Warna Lebih Segar, Jentera Lebih Agresif!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-02
in BULETIN, UTAMA
0

Suzuki Malaysia mengetengahkan variasi terbaharu jentera Suzuki Raider R150Fi. Pengenalan yang dilakukan bukan sekadar menerusi sentuhan torna warna semata-mata malah, model yang dilabelkan sebagai King of Kapcai turut mengalami peningkatan dari prestasi jenteranya.

Dengan penawaran teknologi canggih terkini, prestasi yang tiada tandingan, dan reka bentuk yang berani, Raider R150Fi kini dijangka menggamit hati rakyat Malaysia dengan pengenalan warna baru – Bright Ivory/Titan Black dan Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey.

Raider R150Fi buah tangan keluaran Suzuki telah lama dikenali sebagai pendahulu dalam persaingan kategori saingan hyper-underbone. Ia turut melebihi jangkaan dengan prestasi bertenaga serta dilengkapi ciri-ciri moden kontemporari. Kini, dengan tambahan dua pilihan warna yang memikat, Suzuki Malaysia berhasrat meningkatkan daya tarikan Raider R150Fi kepada tahap yang lebih tinggi, menarik minat mereka yang mencari kesempurnaan antara gaya, prestasi, dan ketahanan.

Dua pilihan warna baru yang menarik termasuk:
1. Bright Ivory/Titan Black: Padanan menarik Bright Ivory dan Titan Black membawa aura eksklusif dan moden kepada Raider R150Fi. Penampilan yang kemas dan elegan pasti menarik perhatian pemiliknya di jalan raya, menjadikan pengendalinya menonjol di mata ramai.

2. Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey: Mengetengahkan tema ‘sporty’ dan sentuhan gaya bandar, padanan Matte Bordeaux Red dengan Metallic Matte Fibroin Grey memberi Raider R150Fi penampilan yang berani dan dinamik. Skema warna menarik ini bakal menggegar jiwa mereka yang mencari pengembaraan dan keseronokan dalam perjalanan dua roda mereka.

Dengan tema unggul “Epitome of Underbone,” Suzuki Raider R150Fi benar-benar memenuhi reputasinya sebagai ‘king of kapcai’. Motosikal ikonik ini sepenuhnya melambangkan semangat “Berani Membara” dalam kategori underbone. Ia juga menetapkan standard baharu untuk prestasi, kebolehtahanan, dan padanan gaya yang dicari-cari oleh pemilik motosikal untuk trend serba baharu yang terkini.

Ciri-Ciri Utama Suzuki Raider R150Fi termasuk:
1. Teknologi Injeksi Bahan Api (Fi):
Dilengkapi dengan enjin yang canggih, kecekapan bahan api yang optimal dengan Suzuki Eco Performance (SEP) memastikan tindak balas throttle yang lebih lancar, dan pelepasan emisi yang berkurangan. Secara langsung, ia akan memberikan pengalaman menunggang motosikal dengan tahap ekologi alam sekitar yang baik serta lebih ekonomi.

2. Enjin Berprestasi Tinggi:
Enjin berprestasi tinggi bersesaran 147cc Twincam 4-Valve DOHC yang tahan lasak dari Raider R150Fi senantiasa memberikan prestasi dan tindak balas yang luar biasa, memenuhi keperluan pengendali untuk kelajuan optimum dan kehendak harian.

3. Reka Bentuk Aerodinamik:
Reka bentuk aerodinamik yang ditampilkan ini tidak hanya meningkatkan daya tarikan visualnya tetapi juga meningkatkan daya kelenturan melawan rintangan angin serta memberikan pengalaman kendalian yang lebih lancar dan mengujakan.

4. Keselamatan Penunggangan: Direka dengan faktor keselamatan sebagai keutamaan, Raider R150Fi menampilkan rangka Suzuki Advance Twin-Spar yang kukuh dengan penyerap hentakan depan Showa. Selain itu, sistem brek oleh Nissin dan talaan pengendalian yang tepat pastinya memberikan keyakinan kepada pengendali Raider di jalan raya.

“Kami berbangga memperkenalkan Suzuki Raider R150Fi yang baharu ini ke pasaran. Ia kini hadir dengan warna menarik Bright Ivory/Titan Black dan Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey,” kata Encik Leong Kam Yew, selaku Ketua Jualan di Suzuki Malaysia.

“Raider R150Fi senantiasa dikenali dengan prestasinya yang berkuasa dan tarikan bergaya. Dengan warna-warna baharu yang menarik ini, kami percaya ianya akan menonjolkan gaya hidup Raider dengan lebih hebat di kalangan pelanggan, sekaligus memberi mereka semangat yang baharu ketika meluncur di jalan raya.”

Suzuki Raider R150Fi baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Suzuki Malaysia di seluruh negara. Harga yang ditawarkan untuk sebuah Raider R150Fi varian baharu ini ialah RM8,838.00 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans).

Previous Post

Semeriah Sambutan Hari Raya!

Next Post

Lebih Ramai Dan Santai, Matlamat Sampai!

Next Post

Lebih Ramai Dan Santai, Matlamat Sampai!

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved