Tiada perbezaan yang ketara antara jentera asas dengan model Yamaha Y16ZR Edisi Doxou ini, tetapi sesuai untuk anda yang mengidamkan sebuah jentera berketerampilan dan penuh bergaya. Model yang dikemaskini ini menonjolkan penampilan tersendiri seperti warna dan corak grafik selain unit agak terhad iaitu sekitar 5,000 unit sahaja.
Diambil dari perkataan Jepun, “DOKUSOU,” yang bermaksud ‘menjadi kreatif dan mendahului orang lain,’ nama DOXOU dengan sempurna menangkap intipati model yang luar biasa ini. Dengan teknologi termaju dan reka bentuk inovatif, DOXOU Yamaha Y16ZR mempamerkan estetika canggih dan avant-garde yang pastinya menarik perhatian ramai. Hasil dari pengertian sebenar Dukasou itu, maka lahirlah edisi sukan Duxou yang penuh bergaya, kreatif dan moden.


“Kami berharap edisi Doxou terbaharu Yamaha Y16ZR ini dapat memberi kepuasan kepada pemilik jentera Yamaha dengan tambahan kualiti yang unggul selain menjadi pemilik motosikal kepada edisi motosikal terhad serta bakal menerima satu set hadiah eksklusif dari Yamaha,”kata Datuk Jim Khor, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industri Berhad semasa pengenalan model terbahru Yamaha baru-baru ini.
Untuk info, ‘Tech Art’ DOXOU Yamaha Y16ZR menampilkan liveri moden dan tercanggih, dengan rim sukan berwarna cyan baharu pada kedua-dua roda hadapan dan belakang yang menyerlahkan motosikal yang sudah kelihatan sporti.
Model edisi terhad itu terdiri daripada pelbagai ciri inovatif, dilengkapi dengan enjin 155cc 4-lejang, 4-injap, SOHC penyejuk cecair yang berkuasa dengan Penggerak Injap Pembolehubah (VVA).
Enjin itu dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan baharu yang menghasilkan pemetaan pencucuhan berbeza bagi setiap gear, mampu menjana kuasa maksimum 13.2 kW @ 9,500 rpm, dan tork atas 14.4 Nm @ 8,000 rpm.
Selain itu, sistem Assist dan Slipper Clutch membantu mengurangkan beban tuil klac, menjadikannya ia lebih mudah untuk menukar gear semasa penukaran ke bawah.

Pemegang Tuas Klac direka 10mm lebih pendek berbanding dengan Yamaha Y15ZR, memberikan penunggang cengkaman yang lebih mudah apabila menukar gear untuk perjalanan yang lebih selesa.
“Di HLYM, kami secara berterusan menolak sempadan inovasi, matlamat kami adalah untuk memastikan pelanggan kami mengalami tahap kepuasan tertinggi semasa menunggang motosikal kami.
“Edisi terhad 2023 DOXOU Yamaha Y16ZR adalah bukti komitmen HLYM terhadap kecemerlangan dan semangat kami untuk mencipta pengalaman bermotosikal yang luar biasa untuk pelanggan kami.
“Kami berharap pelanggan kami tidak akan melepaskan peluang ini untuk memiliki motosikal yang benar-benar unik dan luar biasa,” kata Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad.
Model terbaharu DOXOU Yamaha Y16ZR 2023 sudah pun berada di pengedar Yamaha yang sah di seluruh negara dengan harga runcit yang disyorkan (recommended retail price – RRP) adalah RM11,818.00 (tidak termasuk pendaftaran dan perlindungan insuran).



















