Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Promosi Wingers Camaraderie Ride 2023, Bakal Berlangsung Oktober Ini!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-05-30
in BULETIN, UTAMA
0

Sebanyak 50 buah motosikal dari setiap negeri telah menyertai konvoi untuk mempromosikan Wingers Camaraderie Ride 2023 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober ini. Pada tahun lepas, Phuket telah menjadi tuan rumah dan kali ini tiba giliran Malaysia sebagai tuan rumah untuk Wingers Camaraderia buat kali ke-19 atau lokasi lebih tepat lagi di Alor Setar, Kedah.

Wingers Camaraderie Ride Kedah 2023 (WCR Kedah 2023) ini dinaungi oleh YM Dato Muzaffar Shah. Manakala Dato Syed Zahri selaku penasihat diikuti En. Mohamad Sharini (Abang Baie) sebagai pengerusi dan En. Osman Ehsan serta Dato Komander Shukri masing-masing bertindak sebagai sekretariat juga ketua konvoi dengan barisan AJK yang berusaha sehabis baik sepanjang persiapan sebelum tiba tarikh yang dinanti-nantikan tidak lama lagi.

Bagi menyebarkan informasi tentang WCR Kedah 2023 ini, satu program konvoi Promo Ride yang diadakan pada 4 hingga 7 Mei lalu. Bersesuaian dengan tujuan penganjurannya, para peserta telah berkunjung ke setiap negeri serta berjumpa kelab-kelab Goldwing dan menjemput mereka untuk memeriahkan lagi WCR Kedah 2023.

Dimulakan pada 4 Mei lalu, para peserta berkumpul terlebih dahulu di RV Petronas Sg Seluang, Kulim dan bergerak menujuk ke Gerik seawal pukul 8.00 pagi. Di Gerik, para peserta konvoi bertemu para peserta Perak dan terus bergerak menuju ke Tanah Merah. Di sini, para peserta konvoi berpeluang bertemu dengan Wingers Kelantan terutamanya Presiden Tuan Hj. Laili dan Dato Wan Rakemi dengan menyerahkan risalah jemputan.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, para peserta konvoi turut mengambil peluang ini beramah mesra dengan sahabat winger sambil makan tengah hari. Kemudian, perjalanan diteruskan sehingga Kuala Terengganu untuk berehat dan bermalam di Hotel Permai. Di pertengahan jalan, para peserta diiringi oleh Wingers dari Terengganu. Pada waktu malamnya, risalah WCR Kedah 2023 diserahkan pula kepada Tuan Hj Tarmizi, Wingers Terengganu dan beramah mesra dengan sahabat Wingers Terengganu.

Keesokan harinya, perjalanan diteruskan ke Kuantan seawal pukul 9.00 pagi. Sebelum itu, para peserta yang diiringi Wingers Terengganu telah berehat di LPT Shell Perasing untuk menyerahkan risalah kepada Dato Nor Hisham yang juga seorang lagi ahli Wingers Terengganu. Perjalanan kembali diteruskan ke Tol Gambang untuk bertemu Wingers Kuantan dan menyerahkan risalah serta jemputan ke WCR Kedah 2023.

Seterusnya ke Petronas Muadzam untuk mengisi minyak serta berehat sebentar menikmati minuman dan makanan ringan yang disediakan. Di sini, para peserta bertemu pula Abang Man Rompin, Wingers Pahang yang turut menerima risalah serta jemputan. Para peserta menikmati udang galah sebagai hidangan makan tengah hari di Leban Condong, Rompin. Perjalanan disambung kembali dan menuju ke Petronas Mersing. Para peserta sekali lagi berehat untuk mengisi minyak dan menikmati hidangan jamuan ringan yang disediakan.

Perjalanan kembali diteruskan dan diiring hujan sepanjang perjalanan menuju ke Petronas Kota Tinggi. Sebaik tiba, para peserta konvoi telah disambut Wingers Johor dan juga 30 peserta dari Wingers Singapura. Para peserta sekali lagi dihidangkan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak Petronas. Sebaik selesai, para peserta bergerak pula ke New York Hotel Johor Bahru dan tiba sekitar pukul 7.00 petang. Sebelah malam, risalah telah diserahkan kepada YM Tengku Hassan Wingers Johor yang juga abang kepada Abang Aris dan Francis Wingers Singapura.

Pada keesokan harinya, para peserta konvoi bergerak ke Nilai 3 seawal pukul 9.00 pagi untuk memenuhi jemputan perkahwinan sahabat Wingers yang berlangsung di Dewan Mahligai Seri Nilai. Selepas bergambar kenangan bersama pengantin, perjalanan kembali diteruskan menuju ke Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 4.00 petang, para peserta tiba di WP Hotel KL dan menghadiri mesyuarat bersama Council WCR pada pukul 5.00 petang. Manakala di sebelah malamnya, para peserta memenuhi jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri Goldwing 15 Malaysia diterajui En KJ di Puncak Alam.

Setelah menjelajah negeri-negeri di semenanjung Malaysia, program Promo Ride WCR Kedah 2023 ini tiba ke penghujung di hari terakhirnya iaitu pada 7 Mei lalu. Sebelum mengakhiri program ini, para peserta bergerak menuju GL Cycle yang berlokasi di Jalan Kelang Lama untuk menyerahkan risalah kepada En. Kian. Semoga segala usaha Wingers selama empat hari mempromosikan WCR Kedah 2023 ini mendatangkan hasil dan berjaya mengukir kenangan terindah di Malaysia!

Previous Post

Lebih Keterampilan, Harga RM11,818

Next Post

Nikmati Perjalanan, Hayati Pemandangan, Kukuhkan Ikatan

Next Post

Nikmati Perjalanan, Hayati Pemandangan, Kukuhkan Ikatan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved