Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dihadiri Lebih 10,000 Peminat Motosikal, Dimeriahkan Pelbagai Ragam & Pelbagai Gaya!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-05-12
in BULETIN, UTAMA
0

Santai Anak Utara sekali lagi berjaya menghimpunkan ribuan peminat permotoran dua roda dan kali ini sempena sambutan Aidilfitri yang diadakan pada 6 Mei lalu. Berlangsung di Multi Function Convention Center (MFCC) di MBI Desaku Kulim, Santai Raya kali keempat ini dianjurkan dengan kerjasama Belia Mahir yang juga bertindak selaku penaja utama dan dirasmikan oleh Ustaz Nurul Amin.

Sebagaimana lazimnya, penganjuran SAU ini bertujuan untuk meraikan para peminat motosikal dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk Cabutan Bertuah yang menawarkan sebuah motosikal 125Z. Dianggarkan seramai lebih 10,000 pengunjung membanjiri tapak acara yang dilihat sebagai medan untuk memperkukuhkan jalinan ukhuwah, memperkasakan ekonomi setempat dan dalam masa sama menyemai aktiviti sihat dalam kalangan peminat motosikal.

Penganjuran acara ini bertambah istimewa dengan kehadiran Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Amir Murshidi, Timbalan Presiden Menteri Besar Negeri Kedah, Mohd Azlan dan En. Khor dari Koyoko Malaysia yang meluangkan masa serta beramah mesra bersama golongan belia yang hadir ke Santai Raya. Beliau juga sempat membuat Cabutan Bertuah Duit Raya yang diserahkan kepada para pengunjung yang bertuah.

Bukan itu sahaja, kehadiran selebriti terkenal tanah air turut menghangatkan lagi suasana Santai Raya kali keempat ini khususnya Zul Huzaimy yang lebih mesra dengan panggilan Spark. Peluang ini digunakan sebaik-baiknya oleh para pengunjung dengan merakam gambar kenangan bersama Spark serta beberapa selebriti lain termasuk Abu Mamu dan Niezam Gegarlawak selaku pengacara.

Bagi makluman, pelbagai dugaan yang ditempuh pihak penganjur dalam memastikan Santau Raya kali keempat ini berjalan dengan sempurna. Persiapan dilakukan sejak setengah tahun yang lalu, bermacam-macam dugaan yang menimpa dari lokasi acara yang dibatalkan, pemilihan lokasi terbaharu dalam masa yang singkat. Namun, kesemuanya tetap berjalan seperti yang dirancangkan. Tahniah diucapkan kepada para penganjur kerana cekap dalam menangani masalah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan belakang tabir yang bertungkus-lumus sepanjang acara berlangsung. Tidak lupa juga, para peminat dunia permotoran dua roda yang tidak pernah jemu turun padang dan memberikan sokongan. Begitu juga dengan barisan penaja kerana tanpa sokongan mereka, Santai Raya kali keempat ini mustahil dapat dijalankan dengan lancar.

Jangan lupa untuk menghadiri satu lagi acara Santai Anak Utara yang dijangka bakal diadakan pada bulan November nanti. Dengan semangat permotoran yang tidak pernah padam, Kerajaan Negeri Kedah dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Hj Muhammad Sanusi Md Nor sedang giat menyiapkan litar lumba motosikal Ambangan Height Sungai Petani yang pastinya menjadi satu perkembangan positif khususnya untuk para peminat sukan lasak.

Previous Post

Jentera Pengembaraan Terbaharu Dari Suzuki

Next Post

Lebih Keterampilan, Harga RM11,818

Next Post

Lebih Keterampilan, Harga RM11,818

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved