Bermula sebagai Racing Idea Project diinsipirasikan pengasasnya, Eddy Tedjakusuma yang sebelum itu berjaya dengan kumpulan PT Tara iaitu salah satu pengeluar helmet terbesar di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Kini, PT Tara terus berkembang di pasaran Asia dan dunia, merupakan pengeluar yang menumpukan kualiti khususnya helmet untuk sukan permotoran lumba motosikal.
Model terbaharu keluarannya, KYT NFJ 2019 merupakan replika helmet pelumba MotoGP dari pasukan Aprillia Racing Team Gresini yang menggunakan nombor #41 iaitu Aleix Espargaro. Helmet jenis open face ini didatangkan dengan visor berganda anti-calar. Bagi makluman anda, tempurung helmet ini dihasilkan menggunakan ADT terkini iaitu campuran resin termoplastik dengan ketahanan rempuhan yang tinggi.
Helmet KYT NFJ 2019 ditawarkan dalam dua saiz tempurung (saiz pertama : XS, S, M dan saiz kedua : L, XL, XXL) dengan berat setiap satunya 1450 +- 50 gram. Selain itu, pengikat dagunya pula adalah Double D Ring (DD-Ring) dengan kekunci pin, pelapik dalam yang boleh ditanggalkan, ratchet karbon dan pelbagai titik liang pengudaraan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Ibu Pejabat)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Gudang)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100
Emel : info@motorparts.asia
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Web (MKA) : http://www.motorparts.asia/
Web (KYT) : http://www.kythelmet.com/