Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : Ride Amal Santai Portbike Motorsport Kelab

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-09-19
in BULETIN, UTAMA
0

Semperna menyambut Ramadan kareem yang lalu, Portbike Motorsport Kelab telah menganjurkan ride santai sambil beramal dan memilih Genting Highland sebagai destinasi kali ini. Diketuai oleh pengasasnya sendiri, En Mohd Shahrizal atau lebih mesra dengan panggilan Zan, hampir 30 buah motosikal Yamaha 150cc atau YSuku telah mengikuti konvoi ini. Pada 30 April lalu, seawal jam 1.00 pagi, para peserta berkumpul di Portbike Café, Tanah Merah, Jitra, Kedah. Setelah mendengar taklimat, para peserta bersiap sedia memulakan perjalanan menuju ke Genting Highland. Turut serta bersama peserta konvoy ialah 2 buah kereta backup. Tempat pertama dituju sebelum tiba di Genting Highland ialah Lemang To’ki ,di Bentong, Pahang. Sepanjang perjalanan menuju ke Genting Highland, para peserta berhenti untuk rehat dan isi bahan api sebanyak 13 kali.

Mereka tiba di Lemang To’ Ki lebih kurang jam 10.00 pagi. Ini merupakan kali pertama para peserta dari PortBike Motorsport Kelab singgah untuk bersarapan di sini. Sebaik sahaja tiba, para peserta dimaklumkan lemang masih belum siap masak. Setelah jauh menunggang dan berhajat untuk makan lemang dari kedai yang digembar-gemburkan laman sosial, para peserta mengambil keputusan untuk menunggu sehingga lemang siap dibakar. Setelah selesai sarapan, para peserta bergerak menuju ke PDK Ceria Bentong, Pahang.

Di sini, para peserta memberi sumbangan dan bantuan kepada anak anak OKU sekali gus memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini kerana menerima kunjungan tetamu yang kesemuanya abang-abang biker dari Kedah. Seterusnya, para peserta bergerak menuju Villa Genting Highland lebih kurang sekitar jam 2.00 petang. Setibanya di Villa, para peserta konvoy berehat dan melakukan acara bebas sehingga senja. Selepas solat maghrib, kesemua peserta turut membantu untuk persiapan barbeku di Villa mereka. Lebih kurang jam 11.00 malam, aktiviti barbeku selesai. Kemudian, para peserta ride naik ke First World Hotel untuk sesi bergambar di sana.

Pada 1 Mei, lebih kurang jam 12.00 tengah hari, para peserta mendaftar keluar Villa dan meneruskan perjalanan ke Nasi Bamboo, Sungkai Perak. Nasib tidak menyebelahi kerana tiada kekosongan tempat duduk dan terlalu ramai pengunjung yang datang ke sini dengan mengambil kesempatan cuti umum Hari Buruh. Para peserta mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan bergerak balik ke Jitra dan berhenti makan tengah hari di R&R saja. Perjalanan balik ke Jitra memakan masa agak lama. Para peserta berhenti rehat dan isi bahan api melebih 10 kali, lebih kurang sama ketika dalam perjalanan menuju ke Genting Higland. Allhamdulillah, kesemua peserta konvoi selamat sampai di Portbike Café, Jitra lebih kurang jam 1.30pagi. Menurut Zan, di masa akan datang kalau di izinkan, Portbike Motorsport Kelab akan menganjurkan acara konvoi melibatkan semua pemilik motosikal Yamaha 150cc satu Malaysia. Insya-Allah. – ~kNor~

Previous Post

Promosi Harga Runtuh Tayar Kenda

Next Post

KYT NFJ 2019 Helmet Terbaharu KYT

Next Post

KYT NFJ 2019 Helmet Terbaharu KYT

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved