Pulau Pinang: KARAKORAM menjadi pilihan mengibarkan Jalur Gemilang bagi ahli kelab NVOG & Friend yang akan menunggang motosikal dalam misi menjelajah ke negara Pakistan Semperna 31 Ogos Hari Kemerdekaan yang ke-62 yang akan berlangsung pada minggu ini.
Seramai 11 peserta dari kelab motosikal Northern Versys Owner Group yang berpusat di utara Malaysia memilih Pakistan berikutan bentuk muka buminya yang menarik serta terdapat laluan sutra “Silk Road” yang dahulunya pernah menjadi penghubung serta laluan perdagangan jalan raya diantara China dan Arab. Kini ianya dikenali sebagai Lebuh raya KARAKORAM dan menjadi antara salah satu keajaiban Kelapan di dunia.
“Selain itu, kami berhasrat mengibarkan Jalur Gemilang di Kotaraya Pakistan iaitu di Islamabad pada 31 Ogos ini bersempena bulan kemerdekaan negara kita,” kata President NVOG, En Fazrul. Sebagai simbolik hasil kerjasama perdagangan antara Malaysia – Pakistan yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.
Perjalanan kami akan menjelajah dengan motosikal berkapasiti 150cc dan akan mengkibarkan jalur gemilang sepanjang perjalanan sambil mempromosikan Malaysia di sana nanti. “Visit Malaysia 2020”.
Jadual perjalanan NVOG Adventure: Episode KARAKORAM adalah dirancangkan seperti berikut :
30 August – Tiba di Islamabad
31 August – Islamabad ke Naran
1 Sept – Naran ke Fairy Meadow
2 Sept – Fairy Meadow (Adventure Camping)
3 Sept – Fairy Meadow ke Hunza
4 Sept – Hunza – Naltar Valley – Hunza
5 Sept – Hunza – Khunjerab – Karimabad
6 Sept – Karimabad – Naran
7 Sept – Naran – Islamabad
8 Sept – Islamabad (Adventure city life)
9 Sept – Islamabad – Tamat.
Dan, pada hari Sabtu nanti kami juga akan mengenakan Baju Melayu Tradisi sambil bermotosikal mengibarkan jalur gemilang semperna hari Kemerdekaan Malaysia – Sayangi Malaysiaku, dan memupukan jiwa “Semangat Malaysia” dan “Cintai Malaysia ku”.
Misi kembara kami akan dipancarkan secara ‘Live’ di Facebook Page – NVOG Adventure Episode KARAKORAM.
https://www.facebook.com/NVOGAdventureRide/
Doakan perjalanan kami dipermudahkan segala urusan dan dapat mengibarkan jalur gemilang sehingga penghujung sempadan Pakistan-China iaitu Kunjerab Pass yang berada di 4700 meter atas paras laut. Doakan agar Misi kami ini berjaya!
Malaysia Boleh….
AD Nvog
NVOG (Northern Versys Owner Group)
Muhammad Nazreen
Izham Khalid
Nafeesh Rahman
Che Aziz
Azizy Shariff
Zazari Bakar
Fazrul Shahril
#NVOGkarakoram
#malaysiaku
#penangpress
#dkstudio
#burnnerartworkstudio