Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Skuter Elektrik Pintar Berteknologi Tinggi, Bakal Memacu Penerimaan Kenderaan Elektrik Dua Roda Di Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-29
in BULETIN, UTAMA
0

Blueshark, anak syarikat Sharkgufl Technologies Group dan pembekal skuter elektrik pintar tercanggih di dunia, secara rasminya mengeluarkan siri R Blueshark yang meliputi R1 dan R1 Lite untuk pasaran Malaysia. Skuter elektrik pintar Blueshark R1 membawakan teknologi bateri yang telah dipatenkan, selain ciri-ciri perintis dan juga pelbagai opsyen pemilikan bagi menganjak paradigma kenderaan elektrik di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, En. Jin Chan berkata bahawa skuter R Blueshark ini merupakan kemuncak usaha Blueshark dalam membawakan penyelesaian lestari dan inovatif ke pasaran mobiliti urban. Berbekalkan teknologi penukaran bateri serta pelbagai teknologi perintis, Blueshark memperkenalkan sebuah produk lebih hebat, mampu milik dalam usaha meluaskan aksesibiliti skuter elektrik pintar untuk seluruh lapisan masyarakat.

Blueshark R1 memainkan peranan penting dalam menggalakkan mobiliti urban hijau menerusi penerimagunaan kenderaan elektrik beroda dua (2WEV). Bagi menguji keupayaannya, seramai 50 penunggang khidmat penghantaran barangan / makanan telah membawa pulang skuter elektrik pintar R1 ini selama satu bulan. Dalam masa yang sama, turut menguji rangkaian Blueshark Bluestation (Sistem Penukaran Bateri) di stesen-stesen Petronas terpilih. Program ini bertujuan untuk mendemonstrasikan kebolehlaksanaan platform elektrik Blueshark bagi kaedah pengangkutan singkat dan ekosistemnya juga memperkasakan pelbagai jenis organisasi untuk mencapai matlamat rendah karbon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EP Manufacturing Bhd (EPMB), En. Ahmad Razlan Bin Mohamed berkata, R Blueshark merupakan satu permulaan kerana ada tanggungjawab untuk diteruskan dalam menginovasi dan memperbaiki produk-produk yang dikeluarkan. Transformasi bermula dengan idea tetapi transformasi yang sebenar dan berkekalan hanya dapat direalisasikan menerusi amalan. Justeru, EP Manufacturing Berhad bersedia untuk mengelektrifikasi demi kepentingan bersama yang ingin memperkasa pemain-pemain dalam industri untuk mencapai sasaran ESG masing-masing.

Manakala menurut Ketua Pegawai Eksekutif (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, En. Jeff Chong berkata bahawa Blueshark yakin dengan masa depan mobiliti urban berlandaskan kuasa elektrik. Sejajar dengan misi untuk memastikan kaedah pengangkutan yang lestari dapat diakses oleh seluruh masyarakat. Blueshark meletakkan teknologi, kemudahan dan estetika EV yang terunggul dalam capaian seluruh lapisan masyarakat sambil menyelamatkan planet ini.

Bagi makluman, penunggang dapat menikmati jarak penunggangan yang mengagumkan iaiu sejauh 110km setelah dicas penuh (NEDC) dengan skuter elektrik pintar Blueshark R1. Kelajuan tertingginya pula mencecah 80km/j dan tork maksima bernilai 201Nm. Skuter elektrik pintar ini dikuasakan oleh motor magnet tetap elektrik 5000watt yang berkelajuan tinggi di samping dua pek bateri litium besi fosfat (LFP) yang boleh ditukar ganti dengan segera di mana-mana stesen penukar bateri Blueshark (BlueStation) atau dicas penuh dalam tempoh 3.5jam.

Blueshark R1 ini dilengkapi sistem operasi pintar ArkRide® dengan sambungan Bluetooth, navigasi GPS, pemain media, pengemaskinian OTA, perakam tunggangan dan banyak lagi melalui papan pemuka HD IPS berwarna 10.4” yang mesra pengguna. Disediakan dengan lima mod tunggangan yang meliputi Walk Assist Mode (WAM) dan mod-mod Turbo.

Untuk menaik taraf aksesibiliti ke atas mobiliti urban hijau buat seluruh rakyat Malaysia, skuter elektrik pintar Blueshark R1 akan ditawarkan bersama pelbagai opsyen pemilikan, ia termasuk pembelian terus di samping pakej-pakej langganan yang menarik bagi skuter elektrik pintar ini dan juga pek bateri yang boleh ditukar ganti.

Harga dan Pelan Langganan Skuter Siri R Blueshark

Pakej Pembelian (Kenderaan sahaja)
(atas jalan, tanpa insurans dan dengan pengecualian SST)

Blueshark R1 RM 9,390

Blueshark R1 Lite RM 7,190

Termasuk 1 pengecas + 2 sangga pengecas, 1 kunci Bluetooth
Bayaran tambahan sebanyak RM 79 sebulan untuk sewaan dua pek bateri

Pakej Sewaan Korporat (Kenderaan dan bateri)
(atas jalan, dengan pengecualian SST, termasuk penyelenggaraan berjadual dan penggantian bahagian haus-dan-terhakis)

Blueshark R1 RM 547 sebulan

Blueshark R1 Lite RM 487 sebulan

Termasuk 2 bateri, 1 kunci Bluetooth dan kad Sim
Kit pengecasan rumah opsyenal dengan deposit boleh dikembalikan RM250

(pelanggan perlu memilih pelan langganan bateri BlueSwap untuk melengkapkan sewaan skuter siri R)

Pelan Langganan Bateri BlueSwap

– BlueSwap Lite (RM 59/sebulan, sebanyak 36 pertukaran bateri)
– BlueSwap Standard (RM 99/sebulan, sebanyak 70 pertukaran bateri)
– BlueSwap Pro (RM 139/sebulan, sebanyak 120 pertukaran bateri)
– BlueSwap Flex (RM 1.95, bayaran mengikut pertukaran)

Jika anda ingin mengetahui bagaimana Blueshark sedang merevolusi mobiliti urban hijau di Malaysia, sila layari www.blueshark.com.my.

Previous Post

Kriss 110 & Kriss 110 DB 2023, Terima Ton Warna & Grafik Baru

Next Post

Skuter Hibrid Pintar Pertama Keluaran Aveta Malaysia

Next Post

Skuter Hibrid Pintar Pertama Keluaran Aveta Malaysia

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved