Super73 dikenali sebagai e-bike, sebuah motosikal bergaya basikal dan juga motosikal penuh kini memperkenalkan model terbaharunya, sebuah motosikal berkonsep elektrik C1X. Buat masa ini, ia masih lagi di peringkat konsep. Jadi, maklumat tentang motosikal ini agak terhad.
C1X dibina di atas permintaan pelanggannya. Walaupun e-bike mempunyai ciri-ciri menarik tetapi ia masih mempunyai kemampuan yang terhad. Anda tidak perlu mempunyai lesen tertentu untuk memilikinya dan dalam masa sama, tidak boleh pergi jauh melainkan ia mempunyai spesifikasi penuh.
Motor konsep C1X ini menyasarkan kelajuan tertinggi boleh mencapai sehingga “75 mph.” Ini bermaksud, penunggang motosikal perlu mempunyai lesen tertentu untuk memilikinya. Memandangkan masih belum dikeluarkan tentang spesifikasi motor ini, tidak banyak yang boleh dikongsikan.
Motosikal konsep C1X ini mempunyai wheelbase berukuran 51 inci sekali gus menunjukkan ia agak kecil. Super73 turut mengatakan is sangat ringan.
Ketinggian tempat duduknya setinggi 13, rim tayarnya berukuran 15 inci yang lebih kecil berbanding motosikal moden lain dan lebih besar berbanding rim motosikal moden. Motor elektriknya dipasangkan di bahagian lengan ayun. Bagi makluman, ia tidak mempunyai klac dan tiada penukar kerana ia menggunakan chain drive.
Sekiranya mengikut perancangan, ia akan memasuki proses pemasangan pada tahun 2023.
Sumber : rideapart