UMA Racing MMR YAMAHA Philippines kembali dengan barisan terbaharu untuk kelas Underbone 150cc bagi FIM Asia Road Racing Championship 2022. Musim ini menyaksikan penyertaan April King Mascardo dan Gian Carlo Mauricio.
Namun begitu, tugas mereka sangat berat untuk mempertahankan kemenangan dalam kelas ini yang dimenangi McKinley Kyle Paz pada musim 2020. Semasa musim pra-Covid 2019, McKinley Kyle Paz telah melakar sejarah apabila menjadi pelumba Filipina pertama dalam kelas Underbone 150cc. Awalnya, beliau sepatutnya beraksi dalam kategori SuperSports 600cc di tahun 2020. Disebabkan pandemik, semua rancangan itu dibatalkan.
Kerjaya Kyle turut mengalami perubahan apabila Yamaha Philippines menyertakan para pelumba muda yang berbakat untuk menyertai siri FIM CEV. Justeru, tanggungjawab untuk mengekalkan kejuaraan kelas Underbone 150cc digalas pula oleh April King Mascardo and Gian Carlo Mauricio.