Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Persaingan Sengit, Akhirnya Litar Permotoran Terengganu Berjaya Ditawan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-07-25
in BULETIN, UTAMA
0

Pusingan kelima, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung di Litar Permotoran Terengganu. Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Racing meraih kemenangan pertama bagi musim ini bagi kategori CP150.

Seawal permulaan, Afif memecut ke P1 untuk seketika sebelum Azroy di belakangnya memintas. Di P3, Kasma tampak yakin dengan momentumnya. Di P4, Akid mengikuti Kasma sambil mencari peluang untuk memintas. Jurang di antara empat pelumba di hadapan dan kelompok di belakang menjadi semakin besar dengan Helmi di P5 sebelum di pintas oleh Nazirul. Di P1, Azroy kekal fokus dalam mempertahankan kedudukannya walaupun Afif memberikan tekanan.

Berbaki 10 lap, kedudukan di kelompok hadapan masih tidak berubah tetapi di kelompok belakang, Haziq mula memberikan tekanan kepada Helmi. Di lap kesebelas, Kasma mula menghadapi masalah dengan jentera dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Ini memberikan kelebihan bagi Akid yang pada ketika itu mengambil alih kedudukan di P3. Dalam pada itu, Helmi berjaya memintas Nazirul dan mula mengejar perlumba di hadapannya tetapi selepas beberapa lap, Nazirul kembali ke P4.

Persaingan bertambah sengit di antara Azroy dan Afif tetapi Azroy mantap mempertahankan kedudukannya. Akid di P3 ketinggalan di belakang. Di lap terakhir, Afif cuba dengan sedaya upaya untuk memintas Azroy tetapi Azroy berjaya mempertahankan kedudukannya di P1 dari permulaan sampailah ke garisan penamat dengan catatan masa 16’23:204s. Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mendapat tempat kedua dengan catatan masa 16’23:500s. Rakan sepasukan, Md Akid Aziz mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 16’28:023s.

Bagi kategori CP125, Md Khairi Ashraf Mahmood dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menyambut kemenangannya buat kali ini di Litar Terengganu.

Ezzariq memulakan perlumbaan di kedudukan P1 diikuti oleh rakan sepasukannya Khairi di P2. Beberapa saat kemudian, suatu kemalangan berlaku lalu membuka peluang kepada duo sepasukan untuk memecut ke hadapan serta membina ruang di antara kelompok di belakang. Di P3, Syukran cuba untuk menutup jurang di hadapannya. Namun begitu, duo sepasukan agak teguh di kedudukan masing-masing. Persaingan lebih ketara di kelompok belakang.

Berbaki enam lap, Ezzariq yang berada di kedudukan P1 berjaya membuka ruang di antara Khairi. Di P4, Adam terus mencari peluang untuk memintas Syukran dan berjaya mara ke P3 untuk seketika sebelum dipintas oleh Aliff Danial. Di P1 dan P2, kedudukan Ezzariq dan Khairi kukuh tetapi di lap terakhir, Khairi membuka langkah dan memintas Ezzariq sebelum ke garisan penamat dengan catatan masa 13’00:253s. Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam mengambil tempat kedua dengan catatan masa 13’00:652s. Md Adam Haikal Jahar dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 13’06:180s.

Sementara itu, bagi kategori Wira KBS, Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing tampil dengan kejayaan di tempat pertama di perlumbaan yang berlangsung di Litar Terengganu. Bermula dari petak grid pertama adalah Danish Iqram dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing yang telah mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan semalam diikuti oleh pelumba sepasukan Adib Arsyad dan Amirun Haziq dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing di petak grid ketiga.

Bermulanya perlumbaan, Danish pantas mengambil kedudukan pertama diikuti oleh rakan sepasukannya, Adib di P2 sebelum di pintas oleh Farish. Di lap kedua, Farish membuka langkah untuk memintas Danish. Di P3, Amirun mencari peluang untuk memintas tetapi kedua-dua pelumba di hadapan hebat mempertahankan kedudukan mereka. Di lap keempat, Danish menutup jurang di antara Farish lalu memintasnya.

Sepanjang perlumbaan, Danish dan Farish masing-masing memberikan tekanan sesame sendiri. Berbaki empat lap, Farish memintas Danish diikuti oleh Amirun di P2. Di P4, Adib cuba memberikan saingan kepada Danish tetapi tidak berjaya. Dua lap lagi, persaingan bertambah sengit di antara Farish dan Amirun. Kedua-dua pelumba tersebut pada ketika itu berjaya telah membuka ruang di antara kelompok pelumba di belakang.

Di lap terakhir, Amirun memintas Farish dan mula meningkatkan kelajuan. Danish yang kini berada di P3 cuba mengambil kedudukan Farish tetapi masing-masing hebat mempertahankan kedudukan dihadapannya sebelum Amirum memecut ke garisan penamat dengan catatan masa 10’43:983s.

Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Bad Lad Honda KC Racing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 10’44:167s. Di tempat ketiga adalah Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa 10’44:276s.

Top 3
CP150
1. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY ESTREMO TEAM, 16:23.204
2. Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 16:23.500
3. Md Akid Aziz,PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 16:28.023

CP125
1. Md Khairi Asyraf Mahmood, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 13:00.253
2. Shafiq Ezzariq Saiful Nizam, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 13:00.652
3. Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 13:06.180

Wira KBS
1. Amirun Haziq Johan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 10:43.983
2. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, BAD LAB HONDA KC RACING, 10:44.167
3. Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 10:44.276

Previous Post

Perkukuhkan Kedudukan, Menawarkan Servis Terus Kepada Pelanggan

Next Post

Kisah Di Sebalik Jentera Yamaha RXS & RD

Next Post

Kisah Di Sebalik Jentera Yamaha RXS & RD

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved