Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ketahui Bahaya Titik Buta Di Lebuhraya Berbukit

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-07
in BULETIN, UTAMA
0

Ketahui Bahaya Titik Buta Di Lebuhraya Berbukit

Siang hari. Cerah. Semua nampak ok. Lebuhraya lurus. Bukan jalan berselekoh. Pandangan mata kita melihat sejauh mata memandang. Sah jalan tak sesak. Apa lagi, tekan pedal minyak atau pulas throttle untuk tambah kelajuan yang lebih selesa.

Namun, apa yang kita tak tahu adalah bahaya yang tidak terduga!

Masa mata memandang jauh, yakin yang jalan lancar dan tidak sesak tetapi jarak 150meter ke 200meter di hadapan ada trafik yang sangat sesak. Kita tak nampak. Bila tiba di satu titik, baru nampak trafik yang sesak tapi jarak hanya tinggal 50meter ke 90meter sahaja. Semua lorong penuh, kenderaan bumper to bumper dan bergerak sangat perlahan kerana ada kemalangan. Apa yang jadi? PANIK!

Sempat atau tak untuk tutup atau lepas minyak, brek sikit-sikit dan biarkan enjin brek membantu. Sempat tak kalau dibantu dengan drop gear? Fikiran rasa nak buat hard braking tapi dapat rasa akan hilang keseimbangan akibat brek kuat mengejut dalam kelajuan ini.

Persoalannya, kenapa tak nampak awal-awal tadi sedangkan mata dah lihat sejauh mata memandang lebih dari 300 meter. Jalan lurus. Cuaca cemerlang. Jawapannya. Blind Spot Jalan Berbukit. Kawasan kemalangan jalan sesak berada di bawah paras pandangan mata. Disebabkan faktor jalanraya atau lebuhraya berbukit bukit. Contoh seperti lakaran yang dikongsi bersama dengan tulisan ni.

Banyak juga kes semenjak dulu. Kemalangan-kemalangan besar akibat titik buta berbukit di jalan lurus. Kenapa saya ingin berkongsi tentang hal ini? Saya pernah melalui situasi yang sama dan rasa saat-saat yang sangat cemas. Perkongsian ini sebagai ingatan kepada sahabat-sahabat di luar sana.

Saya melalui situasi ini di MEX. Blind spot jalan berbukit ni ada di banyak route. Pengalaman pertama saya blind spot seumpama ini. Dari Putrajaya menuju Kuala Lumpur. Tengah ride santai relax atas MEX Expressway. Lebih kurang jam 10 pagi. Cuaca indah, tiga lorong trafik jalan lancar dengan hanya saja kenderaan lain. Dengan kelajuan normal santai Superbike, saya guna lorong paling kanan. Tiba di satu lokasi, pandangan mata sejauh mata memandang. Kali ni, jalan clear!

Terasa nak up sikit lagi pulas throttle. Kepala pun ditundukkan lagi rapat sikit ke tank untuk beri laluan angin. Mata yang tadi dah sah jalan kosong sejauh mata memandang. Tiba-tiba, sampai di satu spot yang tak jauh dari lokasi pulas throttle nampak trafik sesak, kenderaan bumper to bumper. Jarak tak sampai 100 meter!

Jujurnya, ingatan terus mencari keluarga. Jantung berdegup kencang. Segala jenis simptom ketakutan kecut semua keluar. Secara spontan. Terus tutup minyak. Engine braking dalam ‘mode race’ BMW S1000RR memang terasa banyak membantu. Saya brek perlahan-lahan banyak kali. Cuba elak brek mengejut yang pasti akan crash dengan kelajuan ini.

Jantung kuat berdegup. Kalau tak sempat, pilihan terakhir jatuhkan motor dan biar low side. Kalau berlaku, saya akan slide atas jalan daripada brek mengejut yang boleh hilangkan keseimbangan dan membawa kepada highside yang lebih teruk. Jentera terus menuju ke arah kenderaan yang terakhir dalam jalan yang sesak itu terus bermain dengan brek depan.

Rasanya perasan ada drop gear tapi tak ingat sampai mana. Jarak tinggal lagi lebih kurang 10 meter. Saya dapat kawal jentera Jerman ini. Syukur. Ini situasi paling serius pernah lalui atas jentera dua roda. Alhamdulillah. Semua ok. Bila keluar dari heavy traffic, depan sekali ada kemalangan baru jadi antara dua kereta yang menjadi punca utama.

Pandangan mata kita sejauh mata memandang, semua nampak okey tetapi 150meter ke 200meter di depan ada trafik sesak. Kedudukan trafik di bawah dari pandangan mata disebabkan jalanraya berbukit rendah dan tinggi. Bila dikaji, walaupun dalam kelajuan biasa 100 ke 120km sejam bawa motor atau kereta. Tiba sahaja di blindspot ini tetap bahaya.

Jika kemalangan baru sahaja berlaku di bawah paras pandangan mata kita, sama ada sempat brek atau elak bergantung pada jarak kita dan kawasan kemalangan. Berhati-hati kepada semua pengguna jalanraya. Bila nampak blind spot berbukit, slow dulu. Depan tu kita tak tahu, mungkin ada kemalangan yang baru berlaku atau ada apa-apa halangan yang tidak dijangka langsung.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Peningkatan Nilai Pasaran Industri Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Next Post

Menunggang Motosikal Bakar Kalori Macam Bersenam Di Gym!

Next Post

Menunggang Motosikal Bakar Kalori Macam Bersenam Di Gym!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved