Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Peningkatan Nilai Pasaran Industri Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-07
in BULETIN, UTAMA
0

Peningkatan Nilai Pasaran Industri Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Nilai pasaran industri perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian dijangka terus meningkat sebanyak 17.9 peratus atau US$370 juta dalam tempoh empat tahun lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sasaran peningkatan itu adalah berikutan penularan pandemik COVID-19 yang mengubah cara hidup masyarakat kepada normal baharu dengan kebanyakan aktiviti dilakukan secara dalam talian termasuk memesan makanan.

Katanya, menurut unjuran pasaran Statista (2020), nilai pasaran industri perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian di Malaysia setakat ini mencecah US$192 juta, melibatkan 6.2 juta pengguna.

“Peningkatan nilai pasaran industri itu menyasarkan segmen terbesar daripada penghantaran dari restoran kepada pengguna iaitu US$137 juta berbanding US$55 juta bagi segmen pelantar kepada pengguna.

“Industri penghantaran makanan di bawah ekonomi gig ini seharusnya bertunjangkan kepada konsep pendigitalan. Ia menjadi agenda utama kerajaan yang sedang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi serta Majlis Tindakan Ekonomi dalam pelan pemulihan ekonomi jangka sederhana dan jangka panjang,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Motosikal AEON Rider di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup.
Menurut Mustapa, pelan pemulihan ekonomi jangka sederhana dan jangka panjang itu bakal diumumkan menjelang Oktober ini yang melihat kepada pembaharuan pasaran kerja, isu pelaburan berkualiti dan ekonomi digital.

Pada majlis itu, Kumpulan Syarikat AEON Malaysia melalui Yayasan AEON Malaysia (MAF) menyumbang 300 motosikal baharu bagi projek AEON Rider untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu yang hilang punca pendapatan akibat penularan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif AEON Retail Malaysia, Shafie Shamsuddin berkata pihaknya tampil dengan inisiatif tersebut bagi membantu individu yang terkesan akibat pandemik itu, malah motosikal yang digunakan juga disediakan oleh syarikat berkenaan.

“Dengan kerjasama MAF, AEON Rider mampu meningkatkan keupayaan kami untuk menjalankan beberapa program bersama yayasan tersebut yang memerlukan perkhidmatan penghantaran,” katanya. Beliau berkata, mana-mana individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AEON Rider boleh memohon kepada syarikat berkenaan mulai sekarang.

Projek AEON Rider menawarkan gaji kasar sebanyak RM1,200 bagi tempoh setahun dengan tambahan caj penghantaran. Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang baik akan diberi hak milik kekal bagi motosikal berkenaan termasuk menjadi pekerja tetap AEON Malaysia. — BERNAMA

Previous Post

Penuhi citarasa di jalan raya dan di litar!

Next Post

Ketahui Bahaya Titik Buta Di Lebuhraya Berbukit

Next Post

Ketahui Bahaya Titik Buta Di Lebuhraya Berbukit

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved