Sebagaimana yang semua sedia maklum, dunia permotoran hari ini lebih bertumpu kepada pembangunan skuter elektrik tetapi masih ada golongan yang mahu menghasilkan sesuatu lebih kreatif. Apabila bercakap tentang rekaan motor konsep, terlalu banyak yang telah kita lihat.
Ada yang benar-benar berjaya dihasilkan, selebihnya hanya kekal sebagai konsep atau mungkin juga, teknologi terkini masih tidak mampu merealisasikannya? Salah satu konsep rekaan dari pelajar Haochen Wei, Wenson, mempunyai liganya yang tersendiri dengan menggunakan teknologi sedia ada. Jujurnya, ia merupakan sebuah konsep dengan prospek yang cukup menarik.
Menurut pelajar ini, konsep ini digelar sebagai Husqvarna Devil S. Ia merupakan gabungan sebuah kereta sport dan sebuah motosikal, konsep Husqvarna Devil S ini menggunakan kenderaan dua roda yang berfungsi seperti sebuah motosikal tetapi dengan perlindungan penuh sebuah kereta. Menarik, kan?
Apa yang lebih menarik, ia mempunyai pintu gunting (scissor door) seperti yang boleh ditemui dalam Lamborghini Aventador. Wei mengatakan, pintu Devil S ini diinspirasikan dari bentuk kunang-kunang (firefly) yang memeluk penunggang pada kelajuan tinggi – menawarkan keselamatan aerodinamik.
Rekaan Wei ini pastinya diterima oleh generasi muda yang cukup mendambakan gaya futuristik. Kebarangkalian untuk ia dihasilkan mungkin masih kabur. Namun, rekaan ini jelas sekali sesuai untuk dua kemungkinan di masa hadapan. Pertama, peminat neo-retro seperti yang ada pada Husqvarna and Honda. Kedua, rekaan konsep futuristik ini hanyalah rekaan konsep Devil S dari Wei.
Sumber : Rideapart / Yanko Design