Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Aksi Perlumbaan 1 Pusingan 3, Sarat Dengan Drama dan Persaingan Sengit

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-09-15
in BULETIN, UTAMA
0

Perlumbaan 1 Pusingan 3 MAM Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang berlangsung dalam keadaan litar yang basah dan licin, menyajikan aksi mencemaskan dan mencemaskan. Ramai pelumba mengambil risiko besar untuk kekal bersaing. Manakala beberapa kejutan tercetus hingga saat-saat akhir perlumbaan, menjadikan ia antara perlumbaan yang paling sengit musim ini.

Dalam kategori MAM Malaysia Superbike Championship MSBK1000 A, Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia mempamerkan tunggangan cemerlang untuk menjuarai perlumbaan. Bermula pantas sebaik lampu hijau menyala, Kasma terus mendahului saingan dan meninggalkan pencabar seawal pusingan pertama.

Ketika pelumba lain bergelut dengan cengkaman tayar di atas litar yang licin, Kasma kekal konsisten dan membina jurang masa besar di hadapan. Beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan 24’09.017s, mendahului Andi Farid Izdihar dari Astra Honda Racing di tempat kedua (24’11.565s) dan Azroy Hakeem Anuar dari Honda Racing Malaysia di tempat ketiga (24’28.212s).

Dalam kategori MSBK1000 B, Muhd Raudhatul Razman dari pasukan TRIPLE A GARAGE mencuri tumpuan dengan aksi kebangkitan luar biasa pada pusingan akhir. Bermula di kedudukan pertengahan, beliau perlahan-lahan memintas seorang demi seorang pesaing hingga berjaya menempatkan diri dalam kelompok hadapan menjelang pertengahan perlumbaan.

Saat persaingan semakin sengit, Raudhatul menggunakan peluang pada pusingan terakhir untuk memintas Teuku Irfan Affandy dan Kamarul Izad Ishak sekaligus menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan 26’30.206s. Teuku mengekori rapat di tempat kedua (26’30.403s), manakala Kamarul yang bermula cemerlang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga (26’36.315s).

Dalam kategori MSBK600, saingan sengit antara Muhd Izam Ikmal Izamli dari pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia dan Muhd Helmi Azman dari Honda Racing Malaysia mencuri perhatian apabila kedua-duanya saling bertukar kedudukan hampir sepanjang perlumbaan. Helmi beberapa kali cuba memintas dengan catatan masa terpantas, namun Izam kekal tenang mempertahankan kedudukan.

Drama tercetus pada dua pusingan terakhir apabila Helmi terjatuh ketika cuba memintas, lalu memberi ruang kepada Izam menjarakkan diri dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan masa 25’02.084s. Helmi bangkit menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Khairul Idham Pawi yang turut memberikan tekanan hebat, berpuas hati di tempat ketiga.

Kategori MSBK250 A pula menyaksikan kehebatan Irfan Ardiansyah dari pasukan Maeztro NWN SCK Honda Racing yang menguasai perlumbaan dalam keadaan litar basah. Irfan memintas di selekoh pertama sebaik perlumbaan bermula dan terus mendahului dengan penuh yakin, sementara pesaing lain bergelut menyesuaikan rentak.

Saingan sengit di belakang antara Nguyen Ton Anh Phu, Reynadi Pradana dan Md Akid Aziz mencetuskan drama, namun Irfan kekal tenang hingga ke garisan penamat untuk menamatkan perlumbaan dengan masa 21’37.651s, diikuti Ton Anh Phu di tempat kedua dan Reynadi di tempat ketiga.

Dalam kategori MSBK250 B, Qayyim Razin Razali dari pasukan Horizon Racing Team tampil dominan dengan kemenangan bergaya. Bermula dari petak pertama, Qayyim terus memecut ke hadapan dan tidak pernah lagi menoleh ke belakang.

Beliau menjarakkan diri lebih 22 saat daripada kumpulan pengejar, sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 22’17.564s. Zakwan Anas Azizulkhairi muncul di tempat kedua, manakala Khairul Firdaus Kadzim melengkapkan podium di tempat ketiga.

Berlangsung dalam keadaan litar yang mencabar, Perlumbaan 1 Pusingan 3 MAM Malaysia Superbike Championship 2025 membuktikan bahawa kemahiran, ketahanan mental dan strategi memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan. Aksi penuh dramatik dari setiap kategori bukan sahaja mengujakan penonton, malah menonjolkan bakat-bakat terbaik tanah air serta rantau ini. Kejayaan para pemenang menjadi bukti bahawa semangat juang tinggi mampu menakluk apa jua cabaran, sekaligus menyemarakkan lagi persaingan dalam saingan musim ini.

Top 3 Terpantas – MSBK1000 A
1. Kasma Daniel Kasmayudin – Hong Leong Yamaha Malaysia (24’09.017s)
2. Andi Farid Izdihar – Astra Honda Racing (24’11.565s)
3. Azroy Hakeem Anuar – Honda Racing Malaysia (24’28.212s)

Top 3 Terpantas – MSBK1000 B
1. Muhd Raudhatul Razman – Malaysia (26’30.206s)
2. Teuku Irfan Affandy – Triple A Garage (26’30.403s)
3. Kamarul Izad Ishak – Koyak Design Luqmanan By Zynergy Racing (26’36.315s)

Top 3 Terpantas – MSBK600
1. Muhd Izam Ikmal Izamli – Hong Leong Yamaha Malaysia (25’02.084s)
2. Muhd Helmi Azman – Honda Racing Malaysia (25’21.030s)
3. Khairul Idham Pawi – Honda Racing Malaysia (25’21.031s)

Top 3 Terpantas – MSBK250 A
1. Irfan Ardiansyah – Maeztro Nwn Sck Honda Racing (21’37.651s)
2. Nguyen Ton Anh Phu – Honda Racing Vietnam Team (21’41.451s)
3. Reynaidi Pradana – Rey Racing Speed (21’47.937s)

Top 3 Terpantas – MSBK250 B
1. Qayyim Razin Razali – Horizon Racing Team (22’17.564s)
2. Zakwan Anas Azizulkhairi – Triple A Garage (23’06.247s)
3. Khairul Firdaus Kadzim – Malaysia (23’08.109s)

 

Previous Post

Enjin 1250cc Serba Baharu & Teknologi Moden

Next Post

Kempen Cabutan Bertuah KYB-UMW Malaysia, Raih Tumpuan di TikTok LIVE!

Next Post

Kempen Cabutan Bertuah KYB-UMW Malaysia, Raih Tumpuan di TikTok LIVE!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved