Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

BMW R 1250 RT 2021

Roadstar Master Admin by Roadstar Master Admin
2021-04-04
in BULETIN, UTAMA
0

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model generasi motosikal touring terbaharu BMW R 1250 RT. BMW R 1250 RT mendapat sentuhan penambahbaikan yang komprehensif dari segi kelengkapan standard dan aspek teknikal demi menjamin pengalaman tunggangan serba baharu. Jentera terbaharu itu dijual pada harga RM142,500 (atas jalan, tanpa insurans dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia).

Jentera terbaharu itu dijual pada harga RM142,500 (atas jalan, tanpa insurans dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia). Ia kini disediakan dengan peralatan standard yang dinaik taraf, termasuk BMW Full Integral ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control). Rekaan jentera terbaharu itu dilengkapi komponen fairing hadapan aerodinamik, lampu hadapan LED dipadankan ciri adaptif, lampu indicator LED dan lampu belakang LED.

Kelengkapan standard lain termasuk rak bagasi, kompartmen muatan, tongkat tengah, bekas panier integral dalam rona warna tubuh jentera ini, hon nafiri dwitona dan perisai angin boleh laras. R 1250 RT didatangkan unit infotainmen panel meter TFT berwarna 10.25 inci dengan ciri multikawalan, sambungan Bluetooth dan akses navigasi menerusi aplikasi mobil BMW Motorrad Connected. Selain itu, para penunggang boleh memilih tiga mod tunggangan standard, iaitu pakej Ridings Modes Pro, termasuk mod Dinamik dan kawalan brek enjin dinamik baharu (MSR).

Jentera ini mendapat khidmat enjin trenkuasa jenis boxer dwi-silinder 1,254cc dengan sistem drive shaft berkuasa 136hp @ 7,750rpm dan tork 143Nm @ 6,250rpm. Enjin dengan status Euro5 ini turut dilengkapi teknologi BMW ShiftCam.
Dari segi sistem suspensi, ia hadir dengan generasi baharu Dynamics ESA manakala fork hadapan dilengkapi BMW Motorrad Telelever menaik taraf keselesaan tunggangan dan melengkapi fungsi sistem ABS.

BMW Motorrad Paralever pula menggandingkan konsep rekaan sporty dengan struktur ringan yang konsisten untuk menjamin karakteristik maklum balas yang amat sensitif bagi suspensi roda belakang, selain membekalkan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi.

BMW R 1250 RT baharu juga hadir dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) untuk membekalkan tahap keselamatan tunggangan dan prestasi cengkaman yang cemerlang. Ciri-ciri menarik lain termasuk Kawalan Jelajah Aktif (ACC), Kawalan Mula Daki (HSC), Bantuan Pro Shift Gear, Entri Tanpa Kunci, pemanas pelana dan sistem keselamatan antikecurian. Untuk peminat jentera terbaharu ini, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan Ballon Financing dengan skim bayaran bulanan serendah RM1,738 sebulan mengikut pinjaman 80 peratus bagi tempoh empat tahun.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Motor Roda 3 Dengan Euro 5

Next Post

Kemenangan Pertama Musim 2021 Nazirul Izzat

Next Post

Kemenangan Pertama Musim 2021 Nazirul Izzat

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved