Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Penampilan Lama, Nafas Baharu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-12-22
in SHOW OFF, UTAMA
0

Agak sukar untuk kita melihat jentera dua roda dari model-model keluaran Suzuki secara amnya menerjah ke ruangan media sosial berbanding jenama yang lain. Jika ada pun, ia tidak lebih dari sekadar mencukupi ‘konten’ dari pempengaruh media sosial masa kini. Kebiasaannya, ramai pempengaruh media sosial menjadikan ‘konten’ seperti Yamaha RXZ, YSuku dan terbaharu Y16ZR dalam setiap penampilan isi kandungan mereka.

Seiring juga dengan perubahan zaman, model-model YSuku (Yamaha Y15ZR) adalah kegilaan anak-anak muda hari ini. Anda juga boleh lihat dimana-mana sahaja, kegilaan dan populariti YSuku atau Y16 cukup gah di seluruh pelusuk.

Namun sewaktu era 90an dahulu, populariti jentera kapcai sebegini pernah ‘disailang’ oleh jentera skuter. Mungkin ramai yang teruja untuk melihat kembali skuter seperti Suzuki dari model V10, VS125 atau paling moden selepas itu adalah Suzuki VS150 kembali ‘mengganas’ di atas jalan raya.

Ketika itu, corak grafik atau ton warna tidaklah sehebat dan segarang hari ini walaupun idea cat semburan angin masih menjadi pilihan utama modifikasi dan menyemarakkan lagi kelibat skuter di atas jalan raya. Selain dari pelbagai ton warna dan rekabentuk cat semburan angin dengan idea yang gila-gila, skuter juga menjadi perhatian pengguna jalan raya apabila ramai pemilik melaburkan ribuan ringgit demi meningkatkan modifikasi antara lain adalah dari segi sistem audio.

Entah salah ataupun tidak, namun ketika itu tatkala anda mendengar muzik dari sebuah jentera skuter seperti VS125 atau VS150, sudah cukup menjadikan halwa telinga kita terasa dibuai dengan alunan suara penyanyi sama ada berupa irama rock atau pop rock zaman itu. Namun memori yang banyak mencetuskan fenomena skuter di tanah air sekitar tahun 1990an kini semakin malap. Mungkin generasi hari ini lebih terdedah dan mengenali skuter bersaiz Maxi seperti Yamaha XMAX, Honda ADV mahupun NVX atau NMAX keluaran Yamaha di atas jalan raya.

Bagi pemilik Suzuki VS125, Jasmine Ibrahim, dia berharap agar kehadiran jentera Suzuki VS125 miliknya sekurang-kurangnya dapat mengembalikan nostalgia yang ‘hot’ sedikit masa dahulu bagi tatapan generasi masa kini. Bercakap mengenai modifikasi motosikal, Amin mengakui banyak terdedah dengan hobi sebegitu pada usia remaja sebelum bertindak untuk mengundur diri seketika atas alasan peribadi.

“Hanya pada tahun 2003, saya mula kembali dalam dunia modifikasi ini. Mungkin ramai yang faham untuk menceburi dunia (modifikasi) sebegini, kos adalah halangan utama bagi mereka yang berminat.

“Kekangan kewangan jelas tidak mengizinkan saya waktu itu, walaupun hati terasa mahu terus mengembangkan seni kreativiti dan modifikasi di masa depan,” ujar Amin memulakan bicara perbualan bersama penulis.

Menyentuh mengenai jentera Suzuki VS125R ini, Amin mengakui bahawa kos bagi penyelenggaraan dan membaik pulih bagi sebuah jentera skuter sebenarnya agak besar dan cukup tinggi.

“Saya membeli jentera ini setelah melihat ia tidak lagi digunakan oleh pemiliknya. Biarlah saya rahsiakan, berapa jumlah yang saya beli dari pemilik asalnya.

Usai pembelian, perkara pertama yang dilakukan adalah membuat ‘restore’ semula agar jentera ini mampu beroperasi seperti sediakala. Jelas, enjinnya masih boleh dihidupkan namun Amin menyarankan agar Akeyra Garage (pakar restore) yang terletak di Junjung, Pulau Pinang menukar dari enjin 125cc kepada 150cc.

Bagi memberikan jentera ini berkuasa dan lebih berdaya saing, Amin menghantar semula motosikalnya kepada RnD Garage (salah seorang pakar Suzuki di Pulau Pinang) untuk melakukan tunning terhadap jenteranya. Langkah awalnya untuk kembali dalam kancah motorshow, adalah dari segi rupa dan penampilan jentera itu. Untuk itu, Amin memberi tanggungjawab kepada Bern Air Brush di Kuantan, Pahang untuk melakukan cat semburan angin pada komponen cover set dengan idea grafik berdasarkan pilihannya.

Untuk mendapatkan ‘mood’ yang lebih baik dari segi ketrampilan pada jentera Suzuki ini, Amin yang berkerja sebagai juruteknik turut menghasilkan kreativitinya sendiri dengan memasang ‘sticker’ bercorak daun terup.

“Jika anda lihat, paparan yang ada pada jentera Suzuki VS125R ini kebanyakkannya berpaksikan ikon-ikon dari daun terup. Kerana itu, saya menggelarkan jentera ini sebagai Suzuki VS Joker kerana paparan imej Joker yang terpampang di bahagian depan motosikal ini.

“Dan bermula dari situ, saya kembali semula ke kancah dunia motorshow dan Alhamdulillah…Suzuki VS Joker mendapat reaksi dan paparan yang positif sehingga muncul pemenang pada penampilan sulung di Balik Pulau pada tahun pertama kehadiran semula saya dalam dunia motorshow ini,” jelas Amin ketika berbicara mengenai pencapaian yang dimiliknya.

Untuk info, khidmat rekabentuk (design) dengan menggunakan ‘sticker’ potong disediakan sendiri oleh Amin dengan kerjasama MonkeyBone Garage sering mendapat perhatian pengunjung tatkala ia dipertontonkan setiap kali penganjuran motoshow.

Menurut Amin lagi, Suzuki VS Joker tidak sekadar diubah menerusi penampilan kosmetik sahaja, malah dia juga turut berbelanja besar bagi penambahbaikan jenteranya agar menjadi lebih segar dan berkuasa.

Antara komponen-komponen Suzuki VS125R yang telah diubah suai termasuklah rim asal dari saiz 10inci ke rim bersaiz 12inci yang dibeli dari seller halfcut Jepun, penyerap hentakan jenis Showa dan panel meter yang dipadankan dengan model Suzuki Neptune dari Taiwan.

Untuk tampil lebih bergaya, beberapa bahagian luar turut diberi perhatian antaranya salutan cat bahagian luaran enjin dengan semburan chrome titanium diberi kepada Goh Chrome Specialist yang berpusat di Bagan, Pulau Pinang, perendam bunyi (ekzos) dari model Suzuki VR selain komponen yang diganti adalah tuil brek dari model Suzuki Belang dan juga cermin sisi jenis Peace Kitaco.

“Alhamdulillah, sehingga ke hari ini apa yang saya lakukan mendapat sokong yang tidak berbelah bagi dari keluarga termasuk anak-anak saya. Malah, kreativiti hasil modifikasi Suzuki VS Joker ini pernah mendapat pengiktirafan dari Suzuki Motor Corporation dari Jepun,” ujarnya.

Ketika diajukan pertanyaan berkenaan dengan jumlah kos yang dilaburkan bermula dari pembelian motosikal sehingga ke modifikasi yang tercipta hingga ke hari ini, Amin sekadar ketawa dan beranggapan segala yang dilaburkan adalah rahsia dan ia tidak lebih sekadar hobinya.

“Dari segi jumlah wang ringgit yang saya laburkan, terus terang saya katakana bahawa isteri dan keluarga tidak tahu angka yang sebenar. Namun saya percaya dengan hobi sebegini telah mengeratkan hubungan kekeluargaan selain mengikatkan kebahagiaan kami sebagai satu keluarga.

“Bagi mereka yang mahu mendapat informasi atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan mengenai skuter saya ini atau mahu bertukar pandangan mengenai jentera modifkasi, anda boleh cari saya di media sosial seperti FB Amin Ibrahim, Tiktok @Aminibrahim8586,” ujar Amin yang juga turut mempunyai koleksi modifikasi beberapa jentera lain yang boleh diakses dalam media sosial miliknya.

SEKILAS FAKTA
Nama: Jasmine Bin Ibrahim
Panggilan: Amin
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Kediaman: Bandar Perda Bukit Mertajam Penang
Umur: 38 tahun
Status: Berkeluarga
Nama Isteri: Noor Hasmanida Halim
Anak-anak: 3 orang (2 lelaki & 1 perempuan)
Kerjaya: Juruteknik
Designer mengunakan Sticker Potong (Monkeybone Garage)
Sejak bila terjebak dlm dunia autoshow- 2003 hingga-Skarang
FB: Amin Ibrahim
Tiktok: @Aminibrahim8586
Kelab: VS Project Club

MODIFIKASI
Jentera: Suzuki VS 125R
Tahun pengeluaran: 2003
Spesifikasi Motor: jenis enjin 125 naik taraf ke 150
Konsep Motor: Airbrush Joker oleh Bern Airbrush, Kuantan
Enjin: RnD Garage Dekjan, Akeyra Garage
Jenis Motor: VS Suzuki 125R
Kelab: VS Project Scootz/MonkeyBone Garage

KOMPONEN LAIN
Pully CVT Suzuki Skydrive 125 dan cam racing
Semburan Cat Rim dari Ah Chong Design
Pump Brembo P34
Pelindung kipas dari model Vespa
Kaburator dari model Jaguh
Pelindung CVT jenis kustom dari Roy Roller 55
Karbon dari Amir Hydropaint
Bateri jenis KOYOKO

Previous Post

Kemenangan Berganda Dan Bergaya Azroy Di Pusingan 3

Next Post

Bertukarlah Kepada Blok IKK Terbaharu

Next Post

Bertukarlah Kepada Blok IKK Terbaharu

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved