Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

CHJ Motors Carnival, Raikan Pelanggan Sempena Ulang Tahun Ke-50 Chin Hin Jitra

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-01-27
in BULETIN, UTAMA
0

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 Chin Hin Jitra telah berlangsungnya CHJ Motors Carnival yang diadakan bertempat di Amanjaya Mall Sungai Petani. Bagi memastikan acara berjalan lancar, pihak Chin Hin Jitra (CHJ Motors) telah memberikan kepercayaan kepada PYMC Motorsport untuk mengendalikannya.

Diadakan selama dua hari iaitu pada 13 Januari dan 14 Januari, pelbagai aktiviti telah disusun sempena “50th Anniversary CHJ Motors Carnival 2023” yang bertujuan untuk menghargai para pelanggannya. Bermula seawal pukul 9.00pagi dan berlarutan sehingga pukul 7.00petang, acara ini berjaya menarik perhatian para pengunjung khususnya pencinta dunia permotoran dua roda.

Bagi makluman, Chin Hin Jitra (CHJ Motors) ditubuhkan pada tahun 1971 yang bermula dengan sebuah kedai motor di Jitra dan kian berkembang pesat sehingga ke hari ini. Setelah 50 tahun sejak penubuhannya, Chin Hin Motor Jitra telah membuka beberapa cawangan di kawasan utara. Sebanyak 35 buah cawangan telah dibuka sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan juga Perak Utara.

Majlis perasmian 50th CHJ Motors Carnival 2023 ini dirasmikan oleh Pengurus Besar Chin Hin Jitra (CHJ Motors), saudara Kung Lean Huat. Acara karnival ini bertambah meriah dengan kehadiran barisan artis dan personaliti jemputan tanah air seperti Cat Farish, Rudy GTB (Geng Tayar Besar) juga Youtuber Wan Mzeyyol.

Selain itu, persembahan pentas dan sukaneka yang dikhaskan untuk kanak-kanak menghangatkan lagi tapak karnival. Tidak ketinggalan, gerai-gerai jualan serta reruai pameran yang disertai beberapa jenama terkenal termasuk KTM Malaysia, Vespa, Modenas dan banyak lagi. Malah, CHJ Motors juga turut menawarkan ‘Harga Runtuh’ untuk semua jenama motor. Sesi tunggang uji motosikal baru juga disediakan untuk para pengunjung.

Acara kemuncak yang dinanti-nantikan para pengunjung iaitu pada 14 Januari di mana segmen Motorshow diadakan. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan; Standard Modify, Extreme Modify, Sticker, Airbrush, Ori Retro dan Ori Classic.

Sambutan yang diterima dari para peserta dan juga pengunjung yang terdiri daripada peminat motorshow amat menggalakkan. Hampir 80 buah motosikal mengambil bahagian kali ini. Segmen Motorshow ini berakhir sekitar pukul 7.00petang dengan majlis penyampaiah hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh pengurusan CHJ Motors.

Previous Post

Kembara Keliling Semenanjung, Biar Lama Janji Sampai!

Next Post

Yadea Lancar M6L Dengan Kuasa Maksima 1.5kW Dan Jarak 70km

Next Post

Yadea Lancar M6L Dengan Kuasa Maksima 1.5kW Dan Jarak 70km

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved