Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kembara Jepun, Kenali Nilai Budaya Dan Indah Budi Bahasa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-10
in BULETIN, UTAMA
0

Syarikat yang sering menganjurkan ride ke luar negara, Overlander Touring yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kali ini telah menganjurkan Ride To Japan baru-baru ini. Syarikat ini berpengalaman menganjurkan ride ke Eropah, New Zealand, Australia, Jepun, Taiwan, Korea dan lain-lain lagi. Selain itu, Overlander turut menyediakan pakej VVIP untuk keluarga dan syarikat yang berhajat membawa kakitangan melancong dan makan angin dengan menggunakan van atau bas.

Projek Ride To Japan ini sudah dirancang dengan begitu rapi selama 6 bulan. Tambahan pula, Overlander juga berpeluang meneroka Jepun dan berpengalaman dalam mempelajari kebudayaan negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang bersopan santun serta keindahan semulajadi yang memukau. Ride ke Jepun ini pula telah disertai seramai 190 orang yang terdiri dari para peserta berbilang kaum.

Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur di mana para peserta telah menaiki pesawat MAS dan JAL Airlines, para peserta selamat mendarat di Narita. Pada malam pertama, para peserta bermalam di Narita dan keesokan harinya ke tempat sewa motor untuk mengambil motor sebelum meneruskan perjalanan ke Tokyo. Tidak ubah seperti Kuala Lumpur, Tokyo terkenal dengan trafik yang sesak. Pada keesokan harinya, para peserta bergerak ke Gotemba. Selepas bersiar-siar di Gotemba, para peserta ke Izu Skyline di tempat yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Hollywood Fast and Furious serta dikenali sebagai tempat anak-anak muda Jepun bermain selekoh. Para peserta bermalam di Gotemba sebelum meneruskan perjalanan.

Keesokan harinya, para peserta telah bergerak ke Kawaguichi dan tiba ke 5th Checkpoint untuk merasai suasana sejuk di bawah – 6 darjah celcius dan bermain salji. Rata-rata peserta yang mengikuti ride ini gembira kerana berpeluang bermain salji buat pertama kali selepas meronda di kawasan yang terkenal dengan keindahan semulajadi. Para peserta bermalam di kawasan ini dalam keadaan sejuk pada 2 darjah celcius. Seterusnya, para peserta bergerak ke Tokyo Disneyland dan diiringi salji yang turun. Para peserta bermalam di kawasan ini.

Selepas bermalam di Tokyo Disneyland, para peserta kembali ke Narita dan menyerahkan motor. Sebelum pulang ke Malaysia, para peserta bermalam terlebih dahulu di Narita. Para peserta meninggalkan Jepun pada waktu tengah hari. Sepanjang menyertai ride ini, para peserta terhibur dan bergembira kerana dapat menikmati pemandangan serta bermain dengan salji. Ia merupakan salah satu kelebihan mengembara bersama Overlander Touring Malaysia yang diketuai oleh En. Rizwendi Zainol Abidin yang menaikkan nama Overlander di Malaysia ekoran aktiviti bulanan yang diajurkan. Kepada yang berminat, boleh hubungi beliau 017 – 441 2785 dan mesej menerusi Whatsapp.

Previous Post

10 Unit Edisi Terhad Habis Terjual Dalam Masa Singkat!

Next Post

Sasar Golongan Kanak-Kanak Antara 3 ke 8 Tahun

Next Post

Sasar Golongan Kanak-Kanak Antara 3 ke 8 Tahun

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved