Baru-baru ini, KTM telah mengumumkan untuk mengeluarkan Factory Replica StaCy ke pasaran dunia. Diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2020, ia merupakan sebuah basikal elektrik yang menyasarkan golongan kanak-kanak di antara 3 hingga 8 tahun.
Basikal ini menampilkan roda 12-inci dengan tayar pneumatic dan tempat duduk dengan ketinggian 33cm iaitu lebih kurang 13 inci. Penunggang baharu boleh mula menolak dengan menggunakan 3 mode yang berbeza. Selain itu, ia turut dikenakan dengan fork gaya BMX, kerangka aluminium yang ringan dan bawah 8kg.
Bagi kanak-kanak yang lebih besar (6-8 tahun), KTM Factory Replica StaCyc 16eDrive menampilkan roda 16-inci, lebih kuasa motor elektrik dan tempat duduk dengan ketinggian 43cm (bawah 17inci). Kedua-dua motor ini menggunakan bateri 20V perlindungan haba yang menawarkan sehingga 30-60 minit yang memerlukan waktu pengecasan selama 45-60 minit.
Namun begitu, KTM masih belum mengeluarkan harga rasmi untuk kedua-dua basikal elektrik ini.
Sumber : RideApart.com