Sebagaimana yang diketahui, Suzuki Hayabusa 2022 telah pun dilancarkan pada 5 Februari lalu. Di Itali, versi edisi terhad turut diumumkan pada waktu yang sama. Digelar sebagai Web Edition, ianya tiada kena mengena dengan Peter Parker dan hanya boleh didapati menerusi laman sesawang Suzuki Italia. Bukan itu sahaja, edisi terhad ini hanya ditawarkan dalam 10 unit.
Seperti yang dijangkakan, ia tidak mengambil masa yang lama untuk kesemua 10 unit Hayabusa Web Edition disambar pemilik yang bertuah. Walaupun tarikh akhir untuk motor ini masih panjang iaitu pada 15 Mac, namun kesemua 10 unit tersebut telah ‘dijual’ dalam masa hanya 3 hari.
Apa yang istimewa sangat dengan Web Edition?
Ia ditawarkan dalam varian hitam dan emas serta beberapa penambahan penting seperti penutup cermin karbon, tuas saduran anod logo Hayabusa serta pad tangki karbod dan jalur rim. Selain itu, penutup tempat duduk dan daya penarik yang sebenar adalah ekzos titanium Akrapovič.
Para pengedar Suzuki di Itali akan mula mempamerkan motor ini pada penghujung Februari atau awal Mac serta menemui para peminatnya di seluruh dunia sejurus selepas itu. Jangan lupa untuk merujuk para pengedar berhampiran anda untuk mengetahui harga Hayabusa 2022 ini.
Sumber : RideApart.com