Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kelajuan Luar Biasa Pelumba FKR dan CHV Racing Team, Catat Rekod Sendiri!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-12
in BULETIN, UTAMA
0

Kerjasama di antara FKR dan Corpus Haste Ventures (CHV Racing Team) telah membuahkan hasil dengan ‘kelahiran’ seorang juara arena perlumbaan motor Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) dalam pusingan kedua yang diadakan baru-baru ini di Sepang.

Berdaftar dengan perlumbaan MBSK 2023 dengan nombor 35, Siti Norsyafiyah Alia Binti Saarizan menjadi tumpuan Pusingan Kedua yang bersaing dalam kategori B 250RR. Kelajuan luar biasa dan berjaya mencatatkan rekod sendiri seterusnya mendapat kedudukan di tempat ketiga dalam pusingan ini.

Baru sahaja berusia 19 tahun, pelumba yang berasal dari Taiping di negeri Perak ini merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti tempatan dalam bidang perundangan. Menurut ayahanda beliau, En. Saarizan berkata bahawa Alia telah menanam minat perlumbaan motor sejak kecil lagi.

Bagi makluman, FKR Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembekal tayar motosikal tempatan yang telah menyumbangkan daya usaha untuk meningkatkan mutu serta taraf sukan perlumbaan. Antaranya seperti mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan remaja serta menaja pelumba berbakat besar seperti Alia.

Menurut Pengarah Urusan syarikat, En. Pornpoj Swadwan, FKR masih lagi baru dalam bidang sukan ini. Penglibatan FKR tahun ini di MSBK merupakan detik bersejarah bagi syarikat ini. Beliau berkata lagi, FKR akan terus membekalkan tayar-tayar berkualiti di pasaran Malaysia dan pada masa hadapan, syarikat ini akan bekerjasama dengan CHV Racing Team untuk mencungkil lebih ramai pelumba berbakat dan berpotensi demi meningkatkan taraf sukan permotoran Malaysia.

Previous Post

Dari Sukan Muay Thai Ke Dunia Dua Roda!

Next Post

Keseronokan Pengembaraan Dengan Suzuki V-Strom 800DE

Next Post

Keseronokan Pengembaraan Dengan Suzuki V-Strom 800DE

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved