Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Sukan Muay Thai Ke Dunia Dua Roda!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-11
in BULETIN, UTAMA
0


Orangnya kecil, senyumannya manis dan peramah orangnya tetapi jangan pandang remeh dengan semangat yang ada pada si gadis genit ini. Umi Najwa atau mesra dipanggil Umi ini baru sahaja berusia 24 tahun. Seorang gadis yang berdikari dan pandai mengurus perihal kewangan sendiri, Umi gigih melakukan dua pekerjaan.

Di siang harinya, Umi bertugas di salah sebuah call center. Manakala di waktu malam pula, Umi bersiaran langsung di platform Tiktok selama dua jam setiap hari untuk menjual body mist. Jika anda ingin berkenalan dengan lebih rapat dan memberi sokongan terhadap perniagaan Umi, boleh ikuti mimienajwa di TikTok.

Suka aktiviti-aktiviti lasak atau ekstrem. Sebelum ini, Umi pernah bermain Muay Thai. Sayangnya minat itu tidak dapat diteruskan kerana memerlukan Umi berlatih hari-hari membuatkannya penat. Apatah lagi dengan dua pekerjaan yang dilakukan dan waktu yang terhad. Disebabkan itu, Umi menyertai dunia permotoran dua roda untuk membeli motor. Bagi Umi, motosikal boleh digunakan hari-hari dan dapat memberikan perasaan ekstrem setiap kali menunggang.

Ketinggian Bukan Halangan
Walaupun ketinggiannya hanya 148cm dan boleh dikatakan tidak begitu tinggi untuk motosikal sebegini, Umie tetapkan pendirian dan membeli motosikal Yamaha R15 ini. Sepertimana lady biker lain yang berkongsi ketinggian sama, Umie juga tidak terlepas dengan tanggapan negatif sejak awal lagi.

“Besar sangatlah… tak boleh. Tak boleh…,” ujar Umie, mengimbas semula kata-kata negatif yang pernah diterimanya sebelum membeli motosikal Yamaha R15 ini.

“Memang tak peduli kata-kata orang lain yang negatif sebab dah suka sangat dengan motosikal ini, saya beli sahaja. Boleh atau tak boleh, tak mengapa. Yang penting, beli dulu dan tengok macam mana boleh pergi atau tak,” sambung Umi lagi.

Bercerita tentang motosikal Yamaha R15 150cc miliknya, Umi telah melakukan beberapa modifikasi termasuk bahagian depan dan belakang. Di bahagian belakang pula, boleh memuatkan kotak untuk mengisi barang. Bagi mengendalikan motosikal ini, Umi ada cara tersendiri terutamanya setiap kali turun dan naik.

Memandangkan ketinggiannya yang agak rendah, Umi terpaksa memegang bahagian depan dan belakang dengan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan. Kemudian, tongkat ditarik untuk membolehkan Umi naik atas motor. Cara yang sama digunakan untuk turun dari motosikal. Kelajuan motosikal diperlahankan, kemudian pegang kuat-kuat. Umi terpaksa turun terlebih dahulu kerana kakinya tidak sampai.

“Ada orang bawak motor terus tongkat je macam tu, kan? Tapi, saya tak sampai,” jelas Umi.

Kata-kata Umi Kepada Girl Rider Atau Lady Rider
Kebanyakan girl rider tidaklah cukup tinggi tetapi tidak perlu risau. Walaupun terpaksa berjengket, asalkan pandai imbang (balance) takkan ada masalah. Semasa pertama kali menunggang motor, Zira pun pernah jatuh motor tapi lama-lama boleh menunggang motosikal macam biasa. Bak kata pepatah Inggeris, “practice make perfect!”

Sesiapa sahaja, kalau mahukan sesuatu tidak perlu ambil peduli kata-kata orang. Buat apa sahaja yang anda mahu. Bila sudah pandai menunggang motosikal, ramai orang akan kagum dengan kemampuan yang mereka lihat. Umi berkata begini berdasarkan pengalaman peribadinya. “Kalau suka buat je, tak perlu dengar cakap orang!”

Previous Post

Jentera Pengembaraan Segmen Sederhana, Harga RM24,900

Next Post

Kelajuan Luar Biasa Pelumba FKR dan CHV Racing Team, Catat Rekod Sendiri!

Next Post

Kelajuan Luar Biasa Pelumba FKR dan CHV Racing Team, Catat Rekod Sendiri!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved