Sesiapa sahaja cenderung dengan benda yang terhebat di dunia ini. Sama ada bangunan tertinggi, pizza terpanjang, himpunan kereta terbanyak dan tidak kurang juga motor terbesar. Ya, dengan kemajuan teknologi yang kian canggih, tiada apa yang mustahil termasuk menghasilkan sebuah motor yang paling besar seperti The Tower Trike ini.
Bukan sahaja besar, ia juga bertentangan dengan definisi sebuah motosikal. Ia mempunyai 4 tayar (tayar di bahagian hadapan rapat di antara satu dengan yang lain). The Tower Trike mempunyai 1100ft-lbs tork yang datang dari enjin supercharge dua lejang. Walaupun prototaip ini terhad sekitar 84mph tetapi Gesto menyasarkan untuk menjual motor ini pada $90,000 (seharusnya mampu mencapai sehingga 100mph)
Bagi makluman, idea di sebalik penghasilan motor terbesar ini adalah dari Jim Gesto yang jemu asyik dihimpit oleh kenderaan lain dan mengambil keputusan untuk membina sesuatu yang lebih besar. Jadi, tidak ada orang atau kenderaan lain berani menghampiri motornya. Mungkin di negara luar tiada masalah untuk membina sebuah motosikal seperti ini. Tidak pasti pula sama ada di Malaysia dibenarkan atau sebaliknya.
Sumber – Jalopnik