Perlumbaan pertama Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu 2019 (Asia Road Racing Asia) menyaksikan pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman memulakan saingan musim 2019 dengan cemerlang setelah muncul juara kategori Asia Superbike 1000cc yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team itu menamatkan 11 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23’21.172s, mendahului pelumba Thailand, Thitipong Warokorn yang mewakili pasukan Kawasaki Thailand Racing Team di tempat kedua dengan masa 23’23.137s. Di tempat ketiga pula, dimenangi pelumba Yamaha Racing Team Asean, Broc Parkes dengan catatan masa 23’28.753s.
Namun begitu, Azlan Shah gagal mengulangi kecemerlangan pada perlumbaan 2 apabila terpaksa menarik diri ekoran masalah jentera yang dihadapinya. Cabaran negara seterusnya diteruskan oleh Mohd Zaqhwan Zaidi yang berjaya mencatatkan kemenangan untuk kategori Asia Superbike 1000cc perlumbaan 2. Tidak seperti para pelumba lain yang menghadapi masalah, Mohd Zaqhwan beraksi cemerlang dalam litar yang basah dan mencatatkan masa keseluruhan 27’20.147s. Thitipong Warokorn mengekalkan gelarannya sebagai naib juara dengan catatan masa 27’23.70s diikuti Yuki Ito, pelumba dari YAMAHA Racing Team ASEAN dengan masa 27’27.360s di tempat ketiga.
Dalam saingan lain seperti SuperSports 600cc, barisan pelumba negara turut tidak menghampakan menerusi aksi hebat Kasmayuddin dan Muhamad Adam Mohd Norrodin menamatkan saingan di atas podium. Kasma yang berlumba untuk Hong Leong YAMAHA Malaysia, muncul naib juara pada pelumbaan 1 dan di tempat ketiga pada perlumbaan 2. Diharapkan para pelumba kekal konsisten sepanjang musim 2019 ini sekali gus mengharumkan nama negara dalam kancah sukan lumba motor di peringkat antarabangsa.
Keputusan Perlumbaan 1 Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia 2019
ASIA SUPERBIKE 1000CC
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team 23:21.172s
2 Thitipong Warokorn (THA) KAWASAKI Thailand Racing Team 23:23.137s
3 Broc Parkes (AUS) YAMAHA Racing Team ASEAN 23:28.753s
SUPERSPORTS 600CC
1 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 21:53.239s
2 Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Hong Leong YAMAHA Malaysia 21:54.494s
3 Muhamad Adam Mohd. Norrodin (MAS) SIC Junior ZK Racing 21:58.189s
ASIA PRODUCTION 250CC
1 Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:34.655s
2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing 19:34.839s
3 Irfan Ardiansyah (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.376s
ASIA PRODUCTION 250CC
1 Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:34.655s
2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing KAWASAKI 19:34.839s
3 Irfan Ardiansyah (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.376s
UNDERBONE 150CC
1 McKinley Kyle Paz (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:28.658s
2 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All YAMAHA 15:28.870s
3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team 15:28.886s