SHAH ALAM, 4 MEI 2019 – UMW GRANTT INTERNATIONAL SDN BHD telah melancarkan minyak pelincir motosikal terbaharu yang dikenali sebagai Quadra. Ketua Serantau Lubricants, Anas Nasrun Mohd Osman, bersama dengan Mohd Asri Jusoh, Pengurus Besar UMW GRANTT INTERNATIONAL SDN BHD telah memperkenal minyak pelincir motosikal daripada Grantt Lubricants itu semasa majlis pembukaan Quadra Track Day yang diadakan di Litar Elite Speedway.
Minyak pelincir motosikal sintetik penuh serba baharu Quadra SAE 10W-50 4T itu diformulasi untuk ‘Performance First’, melepasi standard tertinggi piawaian antarabangsa dengan menggunakan teknologi terbaharu dan formulasi inovatif. Penambahan produk terbaharu ini langsung menambahkan penawaran produk Grantt Lubricants Quadra kepada 6 jenis produk minyak pelincir motosikal yang boleh digunakan untuk semua jenis motosikal.