Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

CAN-AM Spyder Abang Zaha

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-09-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Jika anda pernah ambil tahu, pernah suka, pernah tengok dan pernah cuba untuk bertanya-tanya tentang model ini, anda pasti kenal sosok tubuh jejaka kacak bernama Zaharuddin Ariffin. Lebih dikenali dengan panggilan Zahar, (dan saya panggil dia Abang Zahar dari dulu lagi, beliau merupakan orang yang sangat dekat dengan jenama Can-Am di Malaysia.

Abang Zahar adalah orang yang sentiasa rapat dengan jenama ini. Can-Am adalah motosikal tiga roda yang dibawa masuk oleh DRB-Hicom pada model awalnya tetapi menghentikan operasi sepenuhnya pada pertengahan tahun lepas.

Dan orang yang dikenali Can-Am ialah Abang Zahar. Orangnya sangat peramah dan mudah mesra. Saya masih ingat pertama kali ke pusat pameran Can-Am Spyder ini di Glenmarie, padahal masa tu nak pergi ambil gambar je pun. Tapi Abang Zahar ni punya nyanyi, memang buat kau rasa terus nak buka buku cek beli Spyder sebiji bawa balik.

Apa jadi selepas DRB-Hicom tutup kedai?

Abang Zahar berpindah ke anak syarikat DRB iaitu Modenas. Namun jodohnya tidak lama bila ada sebuah syarikat baru berminat untuk mengambil alih hak penjenamaan Can-Am di Malaysia.

Sudah tentu, tiada orang yang lebih layak menjadi jurucakap Can-Am melainkan Abang Zahar dan beliau ditawarkan mengendalikan model ini.

Bagaimanapun, operasi syarikat ini masih di peringkat awal. Mereka masih menyusun perancangan dan hanya beberapa buah model keluaran 2016 dibawa masuk sejak awal tahun ini untuk diperkenalkan kepada pelanggan mereka.

Ia juga menjalani proses penyesuaian VTA (Vehicle Type Approval) dari pihak berkuasa untuk membolehkannya layak dipandu di jalanraya.

Waktu ini juga merupakan masa yang sibuk bagi Abang Zahar menguruskan prosedur kemasukan dan juga pemasaran. Berbeza dengan syarikat sebelum ini yang berlatarbelakangkan konglomerat yang besar, pengedar baru Can-Am sekarang lebih kecil skalanya. Mereka juga lebih fokus kepada sokongan pengedar untuk menjalankan konsep 3S.

Jejaka berumur 43 tahun ini sering dilihat di mana-mana pameran motor atau bike week seluruh negara. Beliau sebenarnya bukanlah baru main motor sebaliknya sudah bermula sejak di zaman mudanya lagi.

Senarai pemilikannya banyak tetapi berkecimpung dengan dunia motosikal berkuasa tinggi bermula ketika membeli Harley Davidson Sportster 883 (karburetor). Kemudian beliau beralih kepada Honda Shadow dan CB400.

Hari ini, beliau memiliki sebuah Spyder, sebuah touring Honda Varadero dan sebuah Harley Davidson sporster 883R.

Bapa kepada tiga orang anak ini juga aktif dalam program ride dan juga kelab motosikal. Abang Zahar merupakan setiausaha bagi spyder club malaysia dan menjadi ahli yang aktif bagi Warisan Bikers Club Putrajaya.

Previous Post

Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu 2019

Next Post

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 - Jasin

Next Post

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 - Jasin

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved