Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing yang juga juara keseluruhan musim 2018, Ahmad Afif Amran berjaya mencatatkan kemenangan pertamanya untuk musim 2019 setelah mengungguli perlumbaan CP150 di pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Bertempat di Litar Lumba Tangkak di Johor, Ahmad Afif menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 14’55.133s, meninggalkan pesaing terdekat Md Akid Aziz di kedudukan kedua.
Pelumba yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 14’56.549s. Di tempat ketiga pula milik pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Md Izzat Zaidi Salehan dengan catatan masa keseluruhan 14’57.676s. Ini merupakan kali pertama Md Izzat meraih podium untuk musim 2019. Kemenangan ini menyaksikan Afif mengungguli kedudukan keseluruhan dengan 58 mata, tiga mata di hadapan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy yang menduduki tempat ke-11 setelah terjatuh di selekoh pertama.
Manakala Md Adib Rosley dari pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing berjaya mengungguli kemenangan dalam saingan CP115. Md Adib menamatkan pusingan dengan catatan masa keseluruhan 11’45.186s, meninggalkan pelumba dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing iaitu Ahmad Syukran Aizat. Menamatkan 15 pusingan dengan catatan masa keseluruhan 11’47.025s, beliau diikuti rakan sepasukan Md Khairi Asyraf Mohamood yang menduduki tempat ketiga dengan catatan masa keseluruhan 11’48.448s.
Sementara itu, kategori Wira pula menyaksikan aksi bertenaga Md Zaki A Zamri yang mewakili pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing dan menamatkan pusingan dengan catatan masa 9’31.878s serta muncul juara. Ini merupakan kemenangan kedua beliau dalam kategori Wira dan kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan 60 mata. Di tempat kedua pula milik Md Izham Hanafi Amran, pelumba Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing dengan catatan masa keseluruhan diikuti Md Haziq Rosmaza, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing di tempat ketiga dengan catatan masa 9’35.597s.
Keputusan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 – Tangkak
CP150
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14’55.133s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’56.549s
3. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 14’57.676s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 58 mata
2. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 55 mata
3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 33 mata
CP115
1. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 11’45.186s
2. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11’47.025s
3. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 11’48.448s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 60 mata
2. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 41 mata
3. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 38 mata
WIRA
1. Md Zaki A Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing 9’31.878s
2. Md Izham Hanafi Amran (TRG) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 9’33.841s
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 9’35.597s
Kedudukan Keseluruhan
1. Md Zaki A Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing 60 mata
2. Md Sharul Ezwan (SGR) M Sharil AFB tech Racing 36 mata
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 36 mata