Tidak dinafikan, menunggang motosikal memberi kepuasan dan satu nikmat yang berbeza. Namun begitu, bukan sepanjang masa kepuasan itu dapat dinikmati. Apatah lagi apabila menunggang dalam cuaca yang tidak mengizinkan seperti hujan. Tiada siapa dapat meramal keadaan cuaca dengan tepat, maka sangat penting bagi penunggang motosikal sentiasa bersiap sedia dengan pakaian yang sesuai. Bukan sahaja hujan, cuaca kering juga boleh mengundang debu-debu jalan dan juga asap-asap kenderaan melekat di atas pakaian mengakibatkan bau kurang menyenangkan.
Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk penunggang motosikal memiliki baju atau jaket sesuai digunakan dalam apa jua keadaan. Salah satu jenama yang menawarkan ciri-ciri ini menerusi baju hujan keluarannya ialah Foxdry. Antara ciri-ciri yang terdapat pada baju hujan Foxdry ini seperti kalis angin, kalis air dan ruang udara yang membenarkan pengaliran udara untuk mengelak perpeluhan.
Baju hujan Foxdry edaran Great Wall Accessories (M) Sdn Bhd ini menampilkan ciri yang istimewa iaitu zip berganda. Dihasilkan dari material terbaik dan berteknologi tinggi, baju hujan ini turut didatangkan dengan lapisan kain sutera di bahagian dalam bagi mengekalkan kehangatan kepada para penunggang motosikal terutamanya ketika musim hujan.
Foxdry turut meningkatkan kualiti keselamatan dengan kemasan pantulan di kedua-dua bahagian depan dan belakang agar penunggang dapat dilihat dengan lebih jelas oleh pengguna jalan raya yang lain. Setiap pembelian baju hujan ini didatangkan bersama beg bekas pelindung telefon pintar kalis serta beg sandang yang ranggi dan bergaya. Baju hujan Foxdry ini boleh didapati dari saiz dari S sehingga 3XL dengan tiga warna pilihan; jingga, biru dan hitam. Foxdy turut menawarkan baju hujaan rekaan terbarunya yang menampilkan 3 warna pilihan; hitam-biru, hitam-merah dan hitam kelabu.
– Bahagian pinggang yang boleh diselaraskan untuk pengendalian yang mudah
– Seluar dengan jahitan silang berganda untuk tahan lama
– Zip kalis air untuk mengelak air masuk ke dalam baju ketika menunggang motosikal
– Perlindungan dalaman / zip berganda untuk perlindungan berganda yang memastikan tiada air memasuki baju ketika menunggang motosikal
– Lapisan kain sutera untuk mengekalkan kehangatan ketika hujan lebat
– Lapisan kolar korduroi lembut di bahagian leher agar tiada air hujan atau angin masuk dalam baju serta memastikan penunggang motosikal kekal nyaman dan selesa
– Poket baju di bahagian dalam sangat berguna untuk menyimpan barang-barang peribadi serta mengelak dari basah atau hilang
– Pengikat di bahagian pinggang dan pergelangan tangan boleh diselaraskan mengikut kesesuaian
– Jalur pantulan di bahu dan belakang, 2 jalur di kedua-dua belah seluar agar penunggang mudah kelihatan terutamanya ketika menunggang di waktu hujan
– Boleh didapati dalam saiz S hingga XXXL
– Beg serbaguna yang boleh digunakan setiap masa dengan rekaan ranggi dan bergaya
– Kelim berpita di hampir setiap sambungan dan jahitan untuk mengelak air masuk ke dalam baju
– Terdapat dalam 3 warna pilihan
– Bekas telefon kalis air melindungi telefon berharga dari basah
* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Great Wall Accessories (M) Sdn Bhd
No.10, Jalan 5/32A, Off Batu 6 1/2,
Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Wechat: henghuan6163
FB: https://www.facebook.com/Foxdry
Whatsapp: Lucas 017-871 2775 / Lee 012-399 2259
Tel: 603 6252 0115
Email: henghuanmsb@yahoo.com