Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kejohanan SIC MiniGP 2020 Ahad Ini

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-13
in BULETIN, UTAMA
0

Kejohanan SIC MiniGP 2020 Ahad Ini

Bahang pusingan pertama SIC MiniGP 2020 di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) hujung minggu ini semakin terasa dengan 21 pelumba cilik akan berentap merebut gelaran. Kejohanan sulung ini sebahagian daripada MAM SpeedWeek yang akan berlangsung sebanyak lima pusingan di SIKC sehingga Disember membabitkan peserta muda daripada lingkungan umur lapan hingga 13 tahun.

Inisiatif dilakukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kerjasama ZK Racing kendalian ikon dua roda negara, Zulfahmi Khairuddin ini bakal menggunakan jentera BucciMoto BR-10 GP yang berkapasiti 110cc dan 160cc. Kejohanan ini juga satu peralihan daripada arena ‘pocket bike’ ke jentera perlumbaan yang mempunyai rangka penuh bagi membolehkan pelumba muda memperoleh pendedahan awal sebelum ke peringkat lebih tinggi.

“SIC sentiasa mengalukan program akar umbi seperti Kejohanan SIC MiniGP yang berlangsung Ahad ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

“Saya teruja untuk melihat pelumba muda kita beraksi. SIC ingin melahirkan lebih ramai bakat muda di masa akan datang melalui program ini dan pelapis baharu untuk saingan antarabangsa.

“Insya-Allah satu hari nanti, kita akan ada pelumba yang mampu mengibarkan Jalur Gemilang di podium dalam kejohanan berprestij MotoGP,” tambahnya.

Berdasarkan keadaan semasa pandemik COVID-19, kejohanan akan berlangsung secara tertutup dan tanpa kehadiran penonton bagi memastikan risiko jangkitan wabak dapat dikurangkan. Peminat sukan permotoran dua roda boleh mengikuti program penuh sesi kelayakan, Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 menerusi ‘Facebook Livestream’ di laman Facebook Kejohanan MiniGP SIC. Sementara itu, Zulfahmi yang juga Pengurus Pasukan ZK Racing mengakui teruja untuk memulakan perlumbaan minggu ini.

“Saya berharap program ini dapat dijalankan secara sempurna dengan kerjasama SIC dan MAM (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia) serta sokongan KBS (Kementerian Belia dan Sukan),” katanya. – Berita Harian

Previous Post

Nantikan Kemunculan Honda CBR600RR 2021 Tak Lama Lagi

Next Post

Aerox Clinica 155

Next Post

Aerox Clinica 155

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved