Aerox Clinica 155
Ronda-ronda sambil memburu motor yang mampu menambat pandangan mata lalu jatuh ke hati, telah menemukan abam Bobby dengan sebuah skuter yang sangat santai, menarik dan memang berkuasa. Kali ini, buah tangan abam Bobby adalah sebuah skuter dari Aerox Clinica. Dikuasakan oleh Yamaha, skuter NVX 155 ini biasanya dipanggil NVX tapi adakah anda tahu, ada nama lain untuk skuter ini di negara jiran kita?
Aerox. Itulah nama yang digelar untuk skuter NVX ini di Indonesia dan Thailand. Ya, versi baharu Aerox ini dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan Oktober, 2016. Untuk makluman, prestasi standard BLUE CORE Aerox ini sudah cukup berkuasa tetapi dek kerana dah sampai ke Aerox Clinic semuanya telah menjalani kerja-kerja naik taraf.
Coverset asal telah digantikan dengan coverset original Monster Yamaha Aerox Indonesia. Jika anda dapat melihat bahagian carbon, ia sebenarnya didatangkan khas dari Thailand. Di sini, Masterpump Brembo RCS 19 dan Brembo 4 pot + Disc 270mm telah dipertanggungjawabkan untuk memberi lebih cengkaman dalam proses braking.
Rasanya ramai yang sudah sedia maklum, sistem brek OEM NVX tidak cukup hebat berbanding SBK. Justeru itu, bahagian ini diberi perhatian yang lebih. Rim original Yamaha Indonesia 14” telah dipasangkan untuk menggantikan rim asal. Ia dipadankan pula dengan tayar yang lebih kecil. Berbeza dengan NVX yang banyak ditemui di luar sana, bukan?
Seterusnya bahagian handle, anda dapat melihat konsol meter dipasangkan yang bertujuan untuk memudahkan penunggang memantau keadaan jentera sepanjang perjalanan. Bagi memberi keyakinan tunggangan pula, Throttle Grip Domino Original pula dipasangkan untuk menggantikan grip asal dari kilang. Selagi ada ruang untuk menambah baik keadaan asal skuter, selagi itulah tidak akan dilepaskan.
Hasil kerja yang halus dan tip top tentu menggoda, kan? Kalau teringin nak baiki atau servis motor, anda boleh berkunjung sendiri ke Garage Aerox Clinica yang turut mempunyai mesin Dyno sendiri. Hah, sebab itulah mereka ada kelebihan boleh mod dan dyno bila-bila masa. Barang performance lain pun banyak. Nampak macam standard tapi bahagian dalam macam-macam ada!
Spesifikasi
• Racing Cylinder Head CnC BRT indonesia
• Performance piston 58”
• TRF Crankshaft
• Custom Camshaft by WJ Motorsports
• Racing Valve Spring
• Custom Throttle Body
• Racing Injector
• Ecushop octane max v4
• Ekzos ROB1 SS Cup V
• Radiator Tank BRD Thai
• YSS Absorber G-Racing
• Titanium Intake Hose
• Titanium Cooling Hose
Disediakan Oleh : En.Bob (Abam Bobby)