Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki Z 900 ABS, Pengganti Z 800?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kawasaki Z 900 ABS, Pengganti Z 800?

Adakah Kawasaki Z 900 ABS layak menggantikan Z 800? Apakah model ini mampu meninggalkan impak yang besar kepada peminat varian Naked yang sentiasa menantikan model terkini khususnya dari Kawasaki?

Terdapat dua pilihan untuk model Z 900ABS; Standard dan Special Edition. Bagi versi standard, casisnya berwarna hijau tanpa aksesori tambahan. Manakala versi Special Edition, casisnya berwarna biru, didatangkan dengan 9 aksesori tambahan dan harganya pula berbeza. Asasnya, varian ini adalah pengganti model Z 800 dan ianya sebuah jentera terkini atau boleh dikatakan sebagai serba baru.

Hanya bentuk asas sahaja berkongsi dengan Z 800, selebihnya direka khusus untuk Z900 ABS. Model ini merupakan ahli baru dalam keluarga ikonik Z dan hanya sekilas pandang mampu menarik perhatian. Posisi “ingin menyerang” dengan kepala (lampu depan) yang rendah serta bahagian ekor melentik menunjukkan Z900 berbeza berbanding model-model terdahulu.

Barangkali, disebabkan ini Z900 dikenali sebagai model Z Supernaked, elemen reka bentuk Sugomi Utama. Rekaan serta rupa bentuk fizikal yang kelihatan ringan, tegap dan tangkas mengambarkan prestasi sporty. Kemunculan Z900 ABS sudah pasti membuat peminat yang menanti ketibaannya di Malaysia bertambah teruja untuk memilikinya.

Model CKD baru ini dilengkapi enjin 4 silinder sebaris dalam rangka ultra yang ringan serta mencerminkan imej jitu dan agresif. Penunggang yang menunggangnya pasti dapat menikmati kelebihan dambaan jurutera pereka Z900 ABS ini. Jentera Z900 baru dengan enjin 948cc sejukan cecair empat lejang dengan empat silinder ini mempunyai beberapa ciri mengagumkan seperti responsif jentera yang cepat dan menghasilkan kuasa pertengahan yang kuat. Percaya atau tidak, tarikan kuat kuasa pecutan kepada garisan merah meter begitu pantas. Kelembutan penghantaran kuasa dari enjin dapat dirasai dan kuasa semakin meningkat apabila pecutan dilakukan. Z 900 ABS mampu meyakinkan penunggang dengan pengendalian yang mudah.

Bercerita tentang enjin, terdapat keajaiban yang menyeronokan apabila telinga saya dikejutkan dengan satu bunyi dari bawah tangki. Bunyi tersebut mendorong saya untuk memulas pendikit bagi mengenal pasti arah datang bunyi tersebut. Jangan panik sekiranya bunyi itu hadir apabila anda menunggang Z900 kerana ia dihasilkan dari tujahan angin ke kotak udara.

Hasil ujian akustik yang dijalankan dalam bilik suara telah menjadi ilham terbentuknya kotak udara Z900 ini. Bunyi kemasukan udara pada motosikal ini dapat didengar dengan jelas tetapi lembut. Keseimbangan antara prestasi dan bunyi kemasukan udara adalah dari corong yang direka berbeza panjangnya; 50mm untuk set bahagian luar dan 150mm untuk set dalaman. Perbezaan set bahagian luar berfungsi untuk bunyi kemasukan angin, sementara set dalaman fungsinya untuk prestasi rpm rendah dan pertengahan. Jika diamati betul-betul bunyi tersebut, ia sama seperti kotak udara model Kawasaki H2.

Selain itu, berat Z 900 juga menjadi salah satu kelebihannya dan sering dibandingkan dengan model Z 800. Keseluruhan berat kering Z 900 varian Standard ialah 210kg, manakala Z 900 varian SE pula 213kg. Tidak sukar untuk membezakan berat antara 2 versi ini, tegakkan motosikal dan rasa beratnya. Beza antara Z 900 varian Standard dengan Z 800 ialah 21kg dan beza antara varian Z 900 SE dengan Z 800 ialah 18kg.

Berdasarkan faktor perbezaan berat yang begitu ketara antara Z 900 dan Z 800 membuktikan pengendalian pada model Z 900 ini cukup mudah dan lincah untuk penunggang terutama sekali ketika kesesakan lalu lintas. Rangka Trellis yang serba baru dengan berat hanya 13.5kg, menjadi penyumbang pengurangan berat motosikal ini. Reka bentuk yang memberikan tekanan sebegitu baik adalah hasil dari komponen rangka keluli tegangan tinggi. Garisan yang ideal direka selurusnya serta pembentukkan sudut yang tepat.

Model baru ini didatangkan dengan pelbagai citarasa dan idea baru demi keselesaan penunggang. Bagi Z 900 ini, pelana (seat) merupakan bonus untuk para penunggang dan juga pemiliknya. Ketinggian pelana depan nampak sama seperti model Z 800 tetapi sebenarnya, sebanyak 40mm perbezaan ketinggian antara Z 800 dan Z 900, ia merupakan satu bonus yang didambakan penunggang yang berhajat untuk memiliki model Z900. Pelana dengan ketinggian 794mm ini membolehkan penunggang meletakkan kaki ke bawah dengan mudah.

Mungkin anda sering mendengar ayat-ayat seperti ini, “kenali motor kita, barulah kita kuasai motosikal” atau “jangan biarkan motor menguasai kita, naya nanti.” Bagi saya, ayat-ayat ini terselit petua berguna untuk menjadi penunggang berkarisma dan ada benarnya. Bersesuaian dengan Z 900, sebuah jentera 2 roda yang sempurna dengan pengendalian ringkas. Kelebaran pemegang hendal (handle bar) telah ditingkat kepada 752mm, sebelum ini Z800 telah dipasangkan hendal berukuran 733mm.

Perubahan ini membolehkan penunggang mengawal dan mengendalikan motosikal dengan mudah pada kelajuan rendah. Fork hadapan jenis terbalik dengan dengan kedua redaman dan spring boleh-laras digabungkan menjadi satu bagi memudahkan pengubahsuaian. Tuil pelarasan terletak pada fork di sebelah kiri. Monoshock atau suspensi belakang berkedudukan mendatar diletakkan atas lengan ayun. Fungsinya cukup mantap, pemusatan keseluruhan serta berkedudukan agak jauh dari ekzos. Baiklah, segala asas tentang Z900 telah dikaji dan diketahui, cuma menunggu waktu untuk tunggang uji.

Motosikal yang diberikan kepada saya untuk ditunggang uji ialah Z900 SE. Memang dapat dirasakan perbezaan beratnya jika dibandingkan dengan Z 900 Standard tapi masih lagi dalam kategori ringan. Destinasi belum ditetapkan, rutin biasa tunggang uji waktu malam serta meredah cuaca buruk menjadi kemestian setiap kali sesi tunggang uji diadakan. Menunggang varian SE tidak banyak beza dengan varian standard. Paling ketara adalah halangan angin dari depan. Windshield depan berfungsi memecahkan peredaran angin dari berterusan kepada penunggang terutama ketika memecut. Pengendalian model ini cukup mudah berbanding Z800.

Kedudukan pelana di atas motor sangat sesuai dan selesa dengan ketinggian saya iaitu 5′ 5”, ditambah pula dengan ciri ergonomik yang memberi sedikit perbezaan serta membawa perubahan ketara secara keseluruhan. Seperti yang dikatakan awal tadi, ketinggian pelana adalah bonus untuk Z 900 ini. Anda tidak perlu risau ketika berhenti di lampu isyarat atau menebalkan tapak kasut untuk menambah ketinggian. Ketinggian bukan lagi satu isu dan inilah yang saya sifatkan duduk dalam motosikal.

Berkeyakinan. Menerusi topik ini, saya ingin membuktikan Z900 adalah motor pilihan yang bijak. Sesi tunggang uji di selekoh yang luas, selekoh yang tajam, selekoh yang pendek berbekalkan kemahiran minima cukup menyeronokkan. Tiada keraguan, tiada kerisauan ketika meredah selekoh. Pusat graviti terpasang di badan motosikal ini cukup memberikan keseimbangan. Topik ini juga merangkumi pecutan ketika memotong kenderaan dengan kelajuan sederhana laju serta tanpa memaksa penunggang untuk menukar gear bagi menambah kelajuan. Destinasi kali ini adalah Taiping, Perak untuk memenuhkan selera yang mengidam untuk makan mee udang tersohor sambil menguji keampuhan Z 900. Jadi 2 dalam 1 untuk destinasi kali ini.

Jarak ujian kali ini 544km merangkumi perjalanan pergi dan balik. Dimulakan pada waktu pagi dengan 17 liter minyak berisi penuh tangki, saya memasuki lebuh raya timur barat pada waktu begini agak menyeronokkan kerana kenderaan masih kurang dan saya bebas memilih 3 laluan yang luas. Namun begitu, keselamatan dan undang-undang jalan raya perlu dipatuhi. Sepanjang jarak 70km saya bertekad untuk tidak memecut hanya dan hanya menunggang pada kelajuan 110km/j sahaja.

Tujuan saya adalah untuk menguji hendal yang terpasang dengan kedudukan pelana Z 900 ini. Apakah Naked ini memberikan beban kepada penunggang atau keseronokan? Apatah lagi lenguh dengan pecutan yang santai terutama bagi perjalanan yang jauh. Ujian sebegini dilakukan ketika mengharungi kesesakan lalu lintas di mana kadar kelajuan cukup perlahan di bawah 80km/j dan hasilnya menakjubkan.

Kejutan kali kedua saya dapat sepanjang ujian 70km ini dan sukar untuk dijelaskan tanpa pembaca cuba menunggang Z 900 ini. Namun begitu, pengalaman ini perlu dikongsi kerana di sepanjang perjalanan saya tidak merasa lenguh atau terasa keras di pelana walaupun ada masanya terdapat sedikit hentakan pada permukaan jalan yang tidak rata. Hentian Rehat Tapah menjadi perhentian wajib bagi saya setiap kali menguji motosikal ke arah utara. Minyak bagaimana?

Menakjubkan, seolah-olah motosikal ini langsung tidak bergerak. Penunjuk meter digital tidak menunjukkan sebarang perubahan seakan masih baru minyak diisi sedangkan jarak perjalanan hampir 160km. Mungkin dengan kelajuan santai, motosikal ini menjimatkan. Kebarangkalian itu tepat. Jadi, dua ujian telah dapat dilakukan sepanjang jarak 160 km dan berbaki 112km untuk sampai ke destinasi satu lagi ujian perlu dilaksanakan. Ujian kali ini agak berbeza kerana jalan raya berliku, berselang seli dengan kawasan berbukit menunggu untuk dijelajahi Z 900 ini. Perjalanan diteruskan tanpa penambahan minyak ke destinasi yang memakan masa selama 1 jam.

Semakin lama, kenderaan semakin banyak dan membataskan pecutan yang dirancang. Strategi ujian terpaksa diubah dari melakukan ujian pecutan kepada ujian memotong kenderaan tanpa penukaran gear yang maksima. Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana kemampuan jentera seberat 213kg bertindak tanpa memerlukan paksaan mendadak. Hampir 40km saya melakukan ujian begini, setiap kali memotong kenderaan tiada sebarang penukaran gear terpaksa dilakukan.

Sekadar pendikit dipulas dan jarak memotong serta melepasi kenderaan dengan selamat, meninggalkan kesan positif. Berhadapan dengan kenderaan yang banyak ketika mendaki bukit juga merupakan ujian agak getir dalam perjalanan menuju ke Taiping. Terowong Menora merupakan lokasi berliku dengan pelbagai selekoh ketika menaik dan selekoh yang agak curam ketika menurun ditempuhi. Halangan utama ialah melepasi kenderaan berat dan ringan tetapi tidak mengikut peraturan sebenar ketika mendaki bukit. Pelbagai ragam pemanduan dapat dilihat, ada kenderaan dipandu perlahan masih berada di lorong yang dikhaskan bagi kenderaan laju.

Halangan sebegini agak mencabar dan fokus adalah elemen penting agar kemalangan dapat dielakkan. Situasi dan lokasi begini merupakan satu ujian cukup baik kerama pelbagai ujian boleh dilakukan. Antaranya seperti penggunaan gear yang tepat, penyesuaian hendal bagi menempuh selekoh, kuasa cengkaman brek yang ada, tindakan clutch Assist And Slipper, responsif enjin yang berkuasa 948cc, kebaikan dan keburukan rangka Trellis yang beratnya hanya 13.5kg dan membantu melincahkan pengendalian Z900.

Peranan fork depan (penyerap hentakan) jenis terbalik yang terpasang pada jentera ini berfungsi seperti yang diharapkan. Akhir sekali monoshock (penyerap hentakan belakang) yang mendatar terpasang atas lengan ayun. Hampir 7km mengharungi situasi ini dengan pecutan santai dan kadangkala laju. Secara peribadinya, saya tidak hairan jika ada pemilik Z 900 bakal beraksi dengan motosikal ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Mungkin bukan untuk berlumba tetapi sekadar berseronok tanpa sebarang gangguan untuk melakukan pecutan semaksima mungkin disamping beraksi sepuas hati ketika mengambil selekoh yang terdapat di litar tersebut. Saya mengatakan ini setelah menikmati hasil ujian yang menakjubkan sepanjang mendaki dan menuruni terowong Menora. Diikuti sedikit penambahan aksesori yang terdapat di pasaran, Z 900 ini mampu menyaingi pasaran di kelasnya yang terdapat di Malaysia.

Perjalanan pergi dan balik sejauh 544km bukan satu jarak yang dekat. Penggunaan bahanapi (minyak) menjadi isu yang perlu difikirkan. Namun jangan terkejut dengan Z 900. Keseluruhan ujian yang dilakukan, saya merumuskan bahawa sukar untuk mencari kelemahan yang terdapat pada jentera ini. Kelebihan dan keasliannya terserlah. Rekabentuk “Sugomi” dengan penampilan serba baru merupakan kejayaan bagi Kawasaki dalam menghasilkan Super Naked.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar 46

Previous Post

KTM Super Duke 1290 GT

Next Post

Pulsar RS 200, Gempak!

Next Post

Pulsar RS 200, Gempak!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved