Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pulsar RS 200, Gempak!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pulsar RS 200, Gempak!

Kemasukan 3 model yang dibawa masuk Modenas ini adalah hasil kerjasama dengan Bajaj Auto dari India yang merupakan pemegang saham KTM. KTM di sini bermaksud jenama motosikal yang berpusat di Austria. Selain perkongsian teknologi, Bajaj Auto juga terlibat dalam pembangunan motosikal berkapasiti rendah dan dijual menggunakan jenama KTM. Percaturan yang cukup kemas dan cantik oleh Bajaj Auto dalam dunia dua roda!

Sebagaimana yang diketahui umum, Modenas berperanan dalam membekalkan motosikal kapcai dan tersenarai dalam Petronas Cub Prix. Kalau dilihat dari segi harga, ianya memang menarik dan mampu milik khususnya untuk golongan muda yang sedang melalui perubahan angin dari motosikal kecil kepada motosikal berkuasa sederhana dengan harga yang sangat berpatutan untuk sebuah motosikal 200cc. Bakal pemilik RS 200 mempunyai kelebihan dan boleh menarik nafas lega kerana ia didatangkan dengan pelbagai aksesori lengkap siap dipasang dari kilang.

Difahamkan, penjualan model kategori CKD (pemasangan tempatan) ini seperti pisang goreng dan secara tidak langsung memperlihatkan satu perkembangan yang bagus untuk Modenas. Mungkin di masa akan datang, Modenas boleh menyusun strategi yang lebih mantap dengan membawa masuk motosikal lebih efisen, bersesuaian dengan selera peminat dua roda Malaysia.

Kita mulakan dengan reka bentuk model ini yang diminati ramai. Mungkin sekali pandang ia kelihatan seakan Yamaha R1. Apabila dilihat dengan lebih teliti ia ada persamaan tetapi tidak serupa dan sengaja saya menayangkan di hadapan rakan-rakan bikers untuk melihat dari dekat. Mereka memuji reka bentuk dan pilihan warna yang dikenakan ke atas motosikal Pulsar RS 200 ini.

Bagaimanapun, ramai yang mengatakan kedudukan cermin sisi (Side Mirror) yang agak menegak dan sedikit tersasar ke depan serta tidak boleh dilipat. Secara peribadinya, saya suka reka bentuk lampu belakang yang kelihatan unik, cantik dan menyerlahkan ciri-ciri Malaysia. Namun, bahagian yang paling menyerlah adalah warna rim yang berbeza. Rim di hadapan berwarna biru, sementara rim di belakang pula berwarna hitam. Setakat ini, pasti kaki modifikasi merasakan semua perkara yang disebut tadi remeh tetapi saya boleh merumuskan untuk reka bentuk, RS 200 boleh dikategorikan sebagai kelas A.

Seterusnya, topik yang perlu diberikan pemerhatian khusus serta info yang tepat sebelum anda memiliki sesebuah motosikal adalah bahagian enjin. RS 200 ini didatangkan dengan enjin berkapasiti 199.5cc, 4 Strok dan 1 silinder SOHC serta teknologi canggih Triple Spark Ignition. Dalam erti kata yang mudah, model ini mempunyai 3 palam pencucuh (plug) untuk 1 silinder. Kenapa begitu? Soalan ini kerap diajukan setiap kali saya selesai memberi sedikit penerangan tentang enjin.

Menurut info yang diterima dari Bajaj Auto, antara kelebihan teknologi ini merangkumi, kuasa, penggunaan bahan api (minyak) dan pembebasan karbon. Pemikiran jurutera pereka enjin RS 200 ini cukup hebat. Saya belum pernah dengar motosikal 250cc ke bawah yang dibawa masuk ke Malaysia menggunakan 3 palam pencucuh (plug). Bagaimana bunyinya?

Ekzos standard mana yang boleh menghasilkan bunyi yang gempak? Ia mengingatkan saya kepada model Aprilia RS 250 Double Ekzos di zaman 80an yang menggunakan sistem penyejukan cecair (Liquid Cool). Hasil bunyinya sama seperti RS 200 ini. Adakah enjin ini memenuhi selera, kehendak kita atau sebaliknya? Bagi saya, Bajaj Auto boleh diberi pujian. Respon yang cukup baik dan lancar dapat dirasakan apabila pendikit dipulas. Perginya penuh bergaya. Kuasa penyampaiannya sebanyak 24.5 PS dan tork 18.6 Nm. Jangan pandang rendah dengan model berkapasiti 199.5cc. Reka bentuk sporty dan enjin diadun cukup mantap. Sistem klac RS 200 pula ringan sehingga dapat dirasai kelembutannya dan kemasukan dari gear ke gear lancar.

Berikutnya pula adalah aspek keselamatan yang harus dititikberatkan oleh setiap individu yang ingin menunggang motosikal. Bajaj Auto turut memberi penekanan terhadap isu keselamatan pada motosikal yang dikeluarkan. Sistem brek ABS. Cakera tunggal di hadapan bersaiz 300mm. Sistem ABS yang terdapat pada RS 200 ini merupakan ABS bersistem One Channel. Walapun terdapat gelung serta pengesan ABS pada kedua-dua rim depan dan belakang, kemampuan anti-kunci apabila membrek dengan kuat hanya berfungsi pada brek hadapan.

Namun dengan penetapan ABS untuk tayar hadapan, kedua-dua brek tetap digunakan pada tahap maksima sekiranya berada dalam situasi yang mencemaskan. Brek di bahagian hadapan tidak akan berkunci, berbeza dengan brek belakang yang akan terkunci dan membuatkan tayar sedikit menggelungsur. Perlu difahami bahawa sistem ABS yang ada pada RS 200 tidak boleh ditutup.

Jika anda berhajat untuk berjinak-jinak dalam litar dengan menggunakan jentera ini, hajat itu tidak akan kesampaian kerana segala info dapat dilihat dengan jelas pada meter RS 200. Analog dan Digital, dua kaedah yang digunakan. Paparan rpm masih menggunakan analog. Kelajuan, jarak perjalanan, odometer, jam dan penggunaan bahan bakar dipaparkan dalam bentuk digital. Lampu amaran rpm berfungsi apabila tahap rpm mencecah 10,000 rpm. Saya tercari-cari penunjuk kedudukan gear (Gear Indicator). Tiada. Secara tidak langsung menjadikan ia sebagai satu kekurangan dan tidak dapat membantu penunggang khususnya bagi penunggang yang baru berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi.

Ini diikuti dengan topik yang tidak kurang pentingnya, pengetahuan asas yang boleh dikategorikan tips kepada pemilik dan bakal pemilik. RS 200 hanya berkapasiti 13 liter bagi setangki penuh minyak. Bagi kelajuan 130km/j, setiap 1 liter boleh pergi sejauh 30km. Cukup mudah untuk membuat perkiraan minyak berdasarkan kelajuan menunggang. Dari segi kelajuan, saya merasakan motosikal ini boleh pergi lebih laju dengan melakukan sedikit pengubahsuaian. Mungkin ECU atau lain-lain yang mana dirasakan perlu.

Hasil tunggang uji paling laju pecutan yang dapat dilakukan ialah 160km/j dan ia tercapai ketika saya mengekori kereta. Namun, secara manual tanpa mengekori sebarang kenderaan yang mampu menghalang simbahan angin dari hadapan, pecutan yang dapat dilakukan ialah 155km. Adakah motor bergoyang semasa memecut? Secara jujurnya, saya kagum dengan model RS 200 ini. Walaupun berjaya mencecah 160km/j, kestabilan cukup mantap. Tiada langsung rasa goyang atau menjadi terlalu ringan. Mungkin juga motosikal keluaran India amat mementingkan kestabilan. Saya berpendapat sedemikian kerana pernah menguji model Royal Enfield yang juga dari India. Kestabilan memang terserlah. Suspensi belakang model RS 200 yang boleh dilaras hanyalah preload.

Kesimpulannya, hasil tunggang uji Modenas Pulsar RS 200 ini merupakan satu cabaran kepada 250cc. Banyak sekali perbezaan yang bakal menghairahkan penunggang terutama golongan muda dan mereka yang berhajat untuk mencari motosikal berulang alik ke tempat kerja. Antara faktor yang menarik minat ramai terhadap model keluaran Bajaj Auto ini ialah, penjimatan bahan api (minyak), pecutan yang boleh dirasai kekuatan daya tariknya, rupa bentuk, hanya 164kg berat keseluruhan, aksesori yang siap terpasang memenuhi citarasa masa kini dan harga mampu milik.

Saranan saya kepada pembaca Roadstar, sila berkunjung ke premis wakil pengedar Modenas. Info tambahan buat pembaca Roadstar, setiap ujian yang kami lakukan pada mana-mana jenama motosikal, ulasan hasil ujian tidak akan dibandingkan dengan jenama-jenama lain. Ini bertujuan menjaga reputasi pengeluar jenama dan model yang diuji. Penilaian dan penghakiman terletak kepada individu.
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar 47

Previous Post

Kawasaki Z 900 ABS, Pengganti Z 800?

Next Post

Honda CBR250RR Bakal Berada Di Jepun September Ini

Next Post

Honda CBR250RR Bakal Berada Di Jepun September Ini

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved