Bertempat di Kompleks APM Kota Setar telah berlangsungnya Seminar Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Negeri Kedah. Dianjurkan dengan kerjasama Koyoko MP Sdn. Bhd dan JPJ Negeri Kedah, seminar ini diadakan pada 18 dan 19 September.
Selain sesi seminar, turut diadakan adalah pertandingan Mencipta Video Pendek Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Peringkat Negeri Kedah. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan disertai oleh 80 orang pelajar kadet JPJ yang terdiri daripada 20 buah sekolah seluruh negeri Kedah.
Pertandingan ini telah dinilai oleh 6 orang juri profesional iaitu Tuan Iskandar Zulkarnain bin Mohamad Ali, Ketua Bahagian Korporat JPJ Negeri Kedah, Tuan Syed Nizam bin Syed Ahmad, Unit Media JPJ Negeri Kedah, Tuan CP Khor, Pengarah Eksekutif Koyoko MP Sdn. Bhd, Tuan Teh Bak Heong, Pengarah Kewangan Koyoko MP Sdn Bhd, Tuan Hishamudin bin Md Rashid, Duta Koyoko MP Sdn Bhd dan Tuan Arahman Ahmad, Editor Utara Careta Media.