Kawasaki Motor Indonesia (KMI) bakal melancarkan model paling ditunggu-tunggu, Kawasaki Ninja ZX-25R ke republik tersebut tidak lama lagi. Perkara itu dikuatkan lagi apabila KMI mendedahkan sebuah video teaser menerusi saluran YouTube rasminya.
Video berdurasi 54 saat itu menunjukkan dua buah motosikal berbeza berlumba dan menonjolkan keupayaan masing-masing ketika mengelilingi Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia dengan ngauman ekzos yang menggiurkan. KMI dikatakan bakal melancarkan Ninja ZX-25R secara rasmi pada 10 Julai depan, jam 3.00 petang waktu tempatan, atau jam 4 petang waktu Malaysia.
Pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengetahui spesifikasi lengkapnya. Jentera tersebut dikuasakan oleh 250 cc empat silinder sebaris dan disifatkan sebagai super sports paling berkuasa dalam kelasnya. Satu lagi perkara yang ingin diketahui ramai adalah berapakah harganya nanti. Adakah ia berbaloi dengan apa yang ditawarkan? Sama-sama kita tunggu.
Memandangkan Kawasaki mempunyai hubungan lebih rapat dengan Modenas, adakah model itu akan dipasang di Malaysia? Jika ya, ia semestinya menjadi berita baik kepada semua peminat motosikal di negara ini. Kawasaki Ninja ZX-25R mula mendapat perhatian apabila membuat penampilan pertama pada acara Tokyo Motor Show 2019. Ia menjadi satu-satunya jentera super sports yang menggunakan enjin empat selinder sebaris dalam kelas motosikal berkuasa 250cc.
Motosikal itu didakwa lebih berkuasa berbanding pesaingnya seperti Yamaha R3 dan KTM RC 390.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ