Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kembara Norge ; Enjin Lancar Dan Kedudukan Yang Ergonomik Jadikan Tunggangan Tidak Terasa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-01
in BULETIN
0

Sejak motosikal jenama Moto Guzzi mula bertapak kembali di Malaysia, saya berpeluang menguji prestasi motosikal ditawarkan pengeluar Itali yang dahulunya pernah diangkat sebagai pengeluar motosikal mewah. Pada asalnya, saya merancang untuk ke Utara bersama beberapa rakan lain yang juga menunggang motosikal, namun dibatalkan pada penghujung masa.

Memandangkan peluang hanya datang sekali, saya membuat alasan sendiri untuk bergerak menggunakan motosikal ini. Pada hari pertama, Norge GT 8V ditunggang di bandar untuk ke tempat kerja dan pulang ke rumah. Perjalanan seterusnya melibatkan perjalanan ke Melaka untuk berjumpa rakan, sebelum menjelajah ke Cameron Highlands.

Dari segi penampilan, saya serahkan kepada anda untuk menilai kerana bukan semua orang berkongsi cita rasa yang sama. Apa yang boleh dikatakan, Norge GT 8V nampak moden dan serasi dengan zaman. Sementara dilihat dari arah belakang, kehadiran kotak simpanan di bahagian sisi menjadikannya kelihatan semakin tegap. Penampilannya diserikan lagi dengan lampu belakang LED penuh gaya.

Di bawah kotak simpanan sebelah kiri, terletak ekzos tunggal yang agak besar di bawahnya. Ia mengeluarkan deruman lembut apabila enjin dihidupkan. Enjin jenis V berkembar 90 darjah telah dibangunkan oleh Moto Guzzi sejak sekian lama. Unit enjin bersesaran 1,151cc yang ada pada Norge GT 8V diterapkan dengan teknologi terkini seperti ‘overhead cam’ dan empat injap.

Sekiranya motosikal tidak bergerak, gegaran yang dihasilkan enjin memang ketara, terutama apabila pendikit dipulas dan menyebabkan motosikal bergoncang ke sisi. Apabila sudah bergerak, gegaran tersebut menjadi kurang jelas kerana kuasa momentum yang menolak motosikal ke hadapan.

Semasa di awal lengkuk rpm, kuasa Norge GT 8V tidaklah datang secara mendadak, tetapi ia meningkat dengan sekata dan lancar. Penggunaan enjin V juga menghasilkan bunyi deruman unik yang menjadikannya bertambah istimewa.

Selain itu, transmisi enam kelajuan yang ada pada Norge GT 8V menawarkan proses penukaran gear yang lancar dan mudah. Daripada kotak gear, kuasa disampaikan kepada tayar melalui batang shaft. Kombinasi itu banyak membantu memberi keselesaan kepada penunggang. Ada kalanya, walaupun berada dalam gear tinggi dan rpm rendah, penunggang tidak perlu menukar gear untuk mendapatkan momentum pecutan. Dalam keadaan itu, enjin tidak terasa ‘semput’ dan tidak tersengguk-senggguk seperti mahu padam.

Keadaan itu banyak membantu saya kekal selesa semasa perjalanan jauh seperti melalui jalan dari Cameron Highland ke Bentong. Saya tidak perlu banyak menukar gear untuk menghadapi setiap selekoh. Keselesaan turut dibantu oleh posisi tunggangan tegak dengan pemegang yang tinggi dan tapak kaki bersesuaian.

Tetapi, jika penunggang berhasrat untuk mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, saya boleh katakan bahawa Norge GT 8V tidak akan memberi sebarang masalah dan kekal stabil. Dari pengalaman menunggangnya selama beberapa hari, isian penuh tangki minyak dengan kapasiti 23 liter itu membolehkan jentera ini bergerak sejauh lebih 300km sebelum perlu diisi semula.

Norge GT 8V
Spesifikasi
Enjin : 1,151cc, dua silinder V 90 darjah, empat lejang, sistem penyejukan udara
Transmisi : Enam kelajuan, sistem pacuan shaft Compact Reactive Cardan
Kuasa maksimum : 102hp @ 7,000rpm
Tork maksimum : 104Nm @ 5,500rpm
Brek : Cakera terapung besi tahan karat 320mm dan angkup empat piston di hadapan. Cakera 282mm, angkup dua piston di belakang. ABS di hadapan dan belakang

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 6

 

Previous Post

Suzuki Sedia Keluarkan Motosikal Elektrik Bila Pembeli Benar-Benar Bersedia

Next Post

Kawasaki Ninja ZX-25R di Republik Indonesia

Next Post

Kawasaki Ninja ZX-25R di Republik Indonesia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved