Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki KLX 150 L

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-10
in SHOW OFF, UTAMA
0

Demi memenuhi permintaan arena sukan permotoran terutama ‘off-road’ Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) mengeluarkan KLX 150L. Kali pertama menunggang KLX 150L adalah merupakan ulangkaji atau dikategorikan mengimbau kenangan silam. Ini kerana selepas Honda C70, Scrambler merupakan motosikal kedua yang pernah dimiliki. Tapi pada zaman itu tidaklah secanggih model Scrambler yang terdapat di pasaran masa kini. Diawalnya saya menduga jentera ini akan kelihatan seperti yang pernah ditonton di kaca televisyen, di mana tangkinya sedikit menaik dan tempat duduknya agak menurun seolah-olah model untuk “Motocross Challenge” ataupun “Extreme Challenge Dual Purpose”. Jangkaan itu meleset kerana ia bukan sahaja untuk off-road, malah mampu menakluki jalan dan pesisir jalan.

Rumusan awal yang dapat dikatakan KLX 150L ini tidaklah ekstrem, di mana mereka yang baru berjinak pun mampu kendalikannya tanpa memerlukan kemahiran khas untuk “off-road”. Dewasa ini, anak-anak muda yang memiliki Scrambler telah menukarkan tayar dari “off-road” kepada tayar untuk tunggangan yang lebih bergaya serta setaraf motor bagi pengunaaan di jalanraya biasa. Tidak hairanlah jika jentera ini menjadi pilihan utama kepada mereka yang berulang alik ke tempat kerja di mana terpaksa menempuhi kesesakan jalanraya.

Ujian pengendalian Kawasaki KLX 150L ini dilakukan pada dua tahap. Ujian pertama dilakukan di jalanraya menggunakan tayar “off-road” yang tersedia di jentera tersebut. Manakala ujian kedua pula dilakukan pada trek “off-road” yang berkategori sederhana ekstrem. Kami paparkan tentang ujian di jalanraya bertar serta kegunaan KLX 150L di dalam bandar. Meskipun motor ini agak tinggi namun kelebihan mencelah ketika melalui jalan sesak begitu ketara, keluasan membelok KLX 150L ini agak kecil tapi itu bukan alasan yang merumitkan penunggang untuk mencelah. Kelebihan yang paling saya gemari pada motor ini adalah ketinggiannya. Ini kerana ruang penglihatan ketika menunggang cukup jelas serta memberi kelebihan kepada penunggang bagi memilih haluan dengan tepat berdasarkan keadaan jalanraya.

Dengan berat kering hanya 115kg dan kapsiti 7 liter bagi tangki penuh, menjadikan ianya jentera yang cukup ringan serta mudah dikendalikan. Suspensi yang baik, roda, casis dan brek yang unggul dalam kelasnya. Bersesuaian dengan musim banjir ketika ujian dilakukan, saya berpeluang mengharungi air yang cukup dalam ketika hujan lebat. Perhitungan sama ada berjaya atau tidak cukup merimaskan pemikiran ketika ingin mengharungi air yang sedalam hampir 4 kaki dengan arus yang dikategorikan agak sederhana derasnya. Bila memikirkan kedudukan ekzos KLX 150L ini agak tinggi serta tayar depan bersaiz 21 inci dan tayar belakang bersaiz 18 inci, keyakinan mengharungi air tersebut menjadi begitu tinggi

Berkelajuan 30km/j dan menggunakan gear 2, ujian tersebut sukses tanpa sebarang halangan. Enjin berfungsi seperti biasa, tayar sentiasa stabil serta mencengkam permukaan jalan dengan cukup baik, tidak perlu untuk saya berdiri ketika menunggang bagi menstabilkan motor. Mengkagumkan sekali hasil ujiannya. Rumusannya, penaklukan KLX 150L ini ketika berhadapan dengan musim banjir tidak lagi menjadi masalah. Malahan keseronokan ujian sedemikian membuatkan saya ketagih untuk mengulanginya.

Kami ingin berkongsi dengan pembaca Roadstar yang setia, masih lagi topik ujian di jalanraya menggunakan Kawasaki KLX 150L. Diawalannya terasa cuak atau sangsi juga dengan tayar “off-road” bagi kegunaan jalanraya biasa. Selama ini kedengaran di telinga tayar ini tidak sesuai, malah ada yang berbunyi, ianya langsung tidak boleh digunakan di atas jalanraya biasa. Secara peribadinya, mudah saja. Belum cuba belum tahu. Saya mengunakan kaedah tunggang dan uji seperti biasa iaitu sepertimana ujian ke atas motor yang bukan “off-road”.

Cuma sedikit perbezaannya, daya pecutan dan pengunaan tayar serta handle bar yang amat berbeza. Walaupun menggunakan tayar “off-road”, namun cengkaman ketika mengambil selekoh yang tajam dengan teknik “off-road” sememangnya memudahkan kawalan dan ternyata ianya mengasyikkan sekali.

Kawasaki KLX 150L ini dibekalkan dengan enjin 4 lejang, 1 silinder 144cc. Kuasa tork maksimumnya 11.3 Nm pada 6.500rpm, di mana penyejukan udara menghasilkan 12hp pada tahap 8.000rpm. Cukup unik, kuasa tork maksima boleh dicapai pada tahap rpm yang agak rendah tapi ini lebih baik apabila motosikal ini digunakan di tempat sebenarnya ia dicipta iaitu litar motocross ini berdasarkan hasil ujian tahap kedua yang dilakukan. Tunggang uji “off-road” kami lakukan di trek sementara iaitu di Meru, Klang. Trek yang sejauhnya 1 km ini merupakan trek yang dibina para pemilik motocross di daerah Meru, Kapar dan Puncak Alam. Trek ini menarik untuk mereka yang dalam pembelajaran dan baru berjinak dengan motocross.

Antara ujian “off-road” yang kami lakukan iaitu ketika motosikal mendaki “bump” dengan kesesuaian gear rendah iaitu gear 1 dan gear 2. Gear kedua tersebut selalu digunakan penunggang “off-road” ketika mendaki dan melakukan lompatan. Sudah semestinya dengan KLX 150L yang standard tanpa sebarang modifikasi kemampuannya agak terhad. Tapi hasil ujian selepas saya berjaya melakukan beberapa lompatan, motosikal ini memang sesuai untuk acara motocross yang lebih agresif. Hanya dengan sedikit modifikasi dari segi spoket serta pengunaan tayar yang agak lebih besar bunganya demi menambahkan lagi cengkaman ketika mendaki. Begitu juga ketika mendarat selepas melakukan lompatan. Cengkaman dari tayar yang bersesuaian sememangnya diperlukan seandainya mengharungi permukaan yang berlubang dan berlumpur.

Sistem suspensi fork teleskopik 33mm di bahagian hadapan dan di belakang pengunaan suspensi Uni-Trak iaitu di mana spring boleh dilaras 5 hala memang terbukti kewajarannya. Ini kerana ketika mendarat selepas melakukan lompatan berketinggian 12 kaki suspensi depan cukup lembut. Suspensi belakang Uni-Trak cukup membantu ketika henjutan untuk melakukan lompatan dan mendarat selepas lompatan.

Stabiliti cukup berkesan ketika pendaratan mahupun ketika berada di udara semasa melakukan lompatan. Tidak hairanlah seandainya Kawasaki KLX 150L dikategorikan sebagai “Dual Purpose”. Ianya mudah diselenggarakan tanpa mengira keadaan dan bentuk muka bumi.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 16

Previous Post

Yamaha MT-09 Naked Sport Bike

Next Post

TEROWONG MENORA DAPAT 4 KAMERA AWAS. KURANG RISIKO KEMALANGAN

Next Post

TEROWONG MENORA DAPAT 4 KAMERA AWAS. KURANG RISIKO KEMALANGAN

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved