Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

TEROWONG MENORA DAPAT 4 KAMERA AWAS. KURANG RISIKO KEMALANGAN

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-10
in BULETIN, UTAMA
0

Sebanyak empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan ditambah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) iaitu sebelum dan selepas Terowong Menora, Ipoh bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan terbabit.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi pemasangan kamera AWAS di kedua-dua arah laluan panas itu telah memperoleh kelulusan Kementerian Pengangkutan dan dijangka dilaksanakan pada hujung tahun ini.

“Penambahan ini menjadikan keseluruhan 49 kamera AWAS yang terdapat di seluruh negara termasuk 22 di PLUS setakat ini.

“Kami juga dalam kajian untuk menambah lebih kamera AWAS di kawasan-kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Stesen Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Lebuhraya (UPLR) JPJ Jelapang.

Beliau berkata had kelajuan ditetapkan kepada kenderaan melalui penempatan empat kamera AWAS di Terowong Menora adalah 70 kilometer sejam (km/j) berbanding kamera AWAS lain yang menetapkan had laju 110km/j.

Shaharuddin berkata aspek teknikal dan spesifikasi pemasangan kamera itu kini berada di peringkat akhir untuk menentukan kesesuaian lokasi yang strategik dengan kerjasama pihak PLUS Malaysia Berhad.

Katanya, fungsi kamera AWAS di lokasi tersebut akan dipantau oleh UPLR yang mula beroperasi di pusat kawalan Stesen Penguatkuasa UPLR JPJ Jelapang yang mula beroperasi pada 1 Julai lepas.

“Pengiraan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) kamera AWAS juga masih sama pada pelaksanaannya nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata pemasangan kamera AWAS di kawasan Terowong Menora diyakini dapat menurunkan kadar kemalangan memandangkan lokasi terbabit merupakan lokasi panas kemalangan terutamanya melibatkan kenderaan berat.

“Rekod menunjukkan memang ada disiplin dalam kalangan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan namun dengan pemasangan kamera ini dan kehadiran pasukan pemantau pasti akan dapat meningkatkan tahap keselamatan di laluan itu.

“JPJ melaksanakan penguatkuasaannya dan menetapkan isu teknikal serta spesifikasi manakala pihak PLUS menyediakan bekalan kuasa dan peralatan kamera AWAS,” katanya. – Bernama

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Kawasaki KLX 150 L

Next Post

Harga RON95, RON97 naik 7 sen, diesel naik 3 sen

Next Post

Harga RON95, RON97 naik 7 sen, diesel naik 3 sen

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved