Sekali lagi Rose Riders beraksi di Bandar Warisan Taiping dan kali ini diberi kepercayaan untuk mengiringi bekas-bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Sekolah Kebangsaan All Saints dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Majlis Glorious 50’s Ceremony ini telah diadakan pada 5 Mei yang lalu.
Sebanyak 15 jentera bermotosikal dan 7 jentera berkereta telah berarak dari Taman Tasik Kamunting, seterusnya ke 3 buah sekolah dan menamatkan perjalanan di lokasi majlis yang disediakan iaitu di Kg. Ekspo Kamunting. Majlis ini diadakan bersempena usia bekas-bekas pelajar di ketiga-tiga sekolah tersebut yang rata-ratanya genap 50 tahun.
Sehubungan itu, presiden Rose Riders iaitu Bro Zass yang juga salah seorang bekas pelajar sekolah berkenaan telah mengambil inisiatif menggerakkan ahli-ahli Perak Rose Riders yang berkelapangan untuk sama-sama memeriahkan majlis. Kebetulan pula, majlis yang diadakan jatuh pada hari raya ketiga dan menjadikan sambutan lebih bermakna. Program berjalan dengan cukup gemilang dan menjadi satu lagi kenangan serta pengalaman buat semua.
Perkongsian : Bro Zass Rose Riders