Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kasma Dedikasi Kemenangan Untuk Haruki!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-25
in BULETIN, UTAMA
0

Pelumba kegemaran ramai yang mewakili pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team Asean, Kasma Daniel berjaya mengungguli Pusingan 1 untuk Race 2 kategori MSBK1000 yang diadakan baru-baru ini. Berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Race 2 ini menyaksikan persaingan hebat di antara Kasma dan juga Azroy.

Pada awal pusingan, Kasma dilihat memberikan tekanan terhadap Azroy yang mendahului perlumbaan. Pelumba Boon Siew Honda Racing Team itu, berjaya mengekalkan jarak untuk kekal berada di kedudukan pertama. Namun, Kasma memecut laju dengan meninggalkan Azroy di kedudukan kedua dan Azlan di kedudukan ketiga.

Azroy cuba merapati tetapi gagal memintas kerana Kasma berada dalam kelajuan yang terbaik. Di pusingan ketiga, persaingan kedua-dua pelumba ini hanya dibezakan jarak selama 9saat. Di tengah-tengah perlumbaan, Azroy berada beberapa inci sahaja tetapi sekali lagi Kasma mengekalkan kelajuan dan masih berada di hadapan.

Enggan mengalah, Azroy cuba mencari peluang untuk memintas Kasma tetapi pelumba Yamaha itu terus peka dan berhati-hati agar tidak membuka jalan untuk Azroy ke hadapan. Manakala Azlan di kedudukan ketiga selesa dengan tiada tekanan daripada para pelumba di belakangnya.

Berbaki tiga pusingan, persaingan di antara Kasma dan Azroy bertambah sengit. Azroy berjaya memintas tetapi tidak lama kerana Kasma merampas semula kedudukan pertama dengan sangat pantas. Di pusingan terakhir, kedua-dua pelumba ini meninggalkan jarak dengan Azlan sebanyak 27 saat. Akhirnya, Kasma berjaya menyudahkan pusingan dengan catatan masa 21’21:258s seterusnya memenangi pusingan Race 2 ini.

Kemenangan Kasma ini didedikasikan khas kepada Haruki yang meninggal dunia baru-baru ini akibat kemalangan semasa perlumbaan ARRC. Bagi Kasma, Haruki bukan sahaja seorang rakan tetapi pesaingnya yang paling hebat dalam perlumbaan tersebut. Di tempat kedua, milik Azroy dengan catatan masa 21’23:084s dan diikuti Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan Horizon Racing Team di tempat ketiga dengan catatan masa 21’56:129s.

Manakala untuk kategori MSBK600 menjadi milik Md Helmi Azman yang mewakili pasukan Boon Siew Honda Racing Team dengan kemenangan bergaya setelah bersaing sengit dengan rakan sepasukannya, Khairul Idham Pawi. Pada 9 pusingan awal, Khairul berjaya merapatkan jurang.

Kedua-dua rakan pasukan ini bersaing sesama sendiri dengan meninggalkan pelumba lain di belakang dan Soichiro di tempat ketiga. Jarak tersebut memberikan ruang untuk kedua-duanya bersaing hebat. Manakala Soichiro pula bersaing dengan rakan sepasukannya tetapi berjaya mengatasi cabaran itu dan mengekalkan kedudukan.

Helmi berjaya memintas dan merampas kedudukan pertama sebelum memenangi perlumbaan Race 2 ini. Soichiro pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua, diikuti rakan sepasukannya Sharul di tempat ketiga. Helmi mengekalkan ruang sekali gus mengelakkan tekanan dari Soichiro. Pusingan ke-10 itu tidak disertai oleh Khairul kerana kembali ke paddock.

Di pusingan terakhir, Helmi berada sejauh 12.202s di hadapan Soichiro dan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa pada 21’57:942s. Di tempat kedua, Soichiro Minamoto yang mewakili pasukan Yamaha Gen Blu Racing Team Asean dengan catatan masa 22’10:865s. Manakala rakan sepasukannya, Md Sharul Ezwan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 22’23:410s.

Bagi kategori MSBK250 pula dimenangi Md Irfan Haykal dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team yang mendominasi perlumbaan dari saat mula sehingga akhir. Irfan bersama rakan sepasukannya, Farid mendahului perlumbaan sebelum meninggalkan jarak yang jauh antara mereka. Di kedudukan ketiga pula adalah Geoffrey yang mengawal dan mengekalkan kedudukan dan mengakhiri persaingan di tempat ketiga.

Namun, kedudukan selesa Geoffrey mula diancam Muzakkir yang memecut laju dan berjaya memintas serta merampas kedudukan ketiga. Di tengah-tengah perlumbaan, Irfan meninggalkan rakan pasukannya di tempat kedua dan diekori rapat oleh Muzakkir di tempat ketiga Geoffrey enggan mengalah dan cuba merapati serta merampas kembali kedudukan ketiga.

Sebelum dua pusingan terakhir, Muzakkir berjaya merapati dan memintas Farid. Namun, Farid tidak mahu mengalah dan kembali merampas kedudukan kedua dengan memintas Muzakkir yang kelajuannya mula perlahan sekali gus memberi ruang untuk Geoffrey kembali merampas kedudukan ketiga. Di garis penamat, Irfan berjaya menyudahkan perlumbaan dengan catatan masa 19’46:542s. Diikuti Md Farid Hakimi dengan catatan masa 19’57:926s dan Geoffrey Reviven Emmanuel dari Gusto Racing Team di tempat ketiga dengan catatan masa 20’11:915.

Previous Post

Enggan Bergantung, Selesa Hidup Sendiri

Next Post

Gabungan Klasik Moden, Tag Harga RM8,888.00

Next Post

Gabungan Klasik Moden, Tag Harga RM8,888.00

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved