Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Enggan Bergantung, Selesa Hidup Sendiri

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-25
in BULETIN, UTAMA
0


Siapa sangka, KTM Duke V2 yang terletak cantik di petak parking ini kepunyaan seorang wanita yang berasal dari Kedah. Zira atau nama sebenarnya Nurhazira, kini menetap di Kota Warisan di Sepang telah memiliki KTM Duke V2 ini sejak tiga tahun lepas yang dibelinya pada tahun 2021!

Kenapa pilih KTM Duke dan bukan motosikal lain yang mungkin lebih santai dan sesuai?
Awalnya Zira menunggang motosikal biasa tetapi ketika pandemik, beliau terpaksa berulang alik dari Kedah ke Pulau Pinang. Disebabkan ingin mencuba sesuatu yang lebih laju untuk jarak jauh, Zira memilih KTM Duke V2 ini. Meminati motor sejak kecil lagi tapi tidak berpeluang membeli atau memiliki motosikal.

Bagi Zira, tiada sesiapa yang mempengaruhinya apatah lagi membeli motosikal. Katanya lagi, mungkin sesetengah golongan wanita membeli motosikal untuk ‘healing’ atau penyembuhan diri. Zira berkata begini ekoran pengalaman peribadinya sendiri yang pernah putus tunang sebelum ini. Bermula dari situ, Zira tidak mahu bergantung dengan lelaki dan motor ini dibeli untuk survive sendiri.

Walaupun begitu, Zira mengakui bahawa bukan semua wanita mengetahui hal berkaitan penjagaan motor melainkan perkara-perkara asas seperti minyak brek dan juga coolant. Bagi penjagaan atau maintenance motosikal KTM Duke V2 miliknya ini, Zira menghantar ke kedai untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

Bercakap tentang pengubahsuaian terhadap motosikal kesayangannya, tidak banyak yang dilakukan. Zira hanya memotong bahagian ekor atau tail belakang motosikal. Selebihnya ditinggalkan standard, 99% masih lagi dalam keadaan asal. Beliau lebih selesa begitu kerana mudah bergerak ke mana-mana!

“Memang gemuruh,” kata Zira apabila ditanya tentang perasaan setiap kali menghampiri penguatkuasa. Zira sering ditanya kenapa ekzos motosikal tidak ditukar. Pertanyaan itu membuatkan Zira keliru kerana ekzos standard sudah okey baginya dan boleh ke mana-mana sahaja tanpa rasa takut ditahan atau disaman.

Sebagaimana kebanyakan lady rider yang lain, Zira juga ada menyertai kelab dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Kelab yang dianggotai Zira boleh ditemui di TikTok @Throttle.Daisy dan khusus untuk lady rider sahaja. Sesiapa yang berminat, bolehlah sertai kelab ini. Antara aktiviti yang pernah dianjurkan kelab ini ialah TTS dan juga ride ke Cameron Highlands. Mereka dalam perancangan untuk satu lagi ride pada tahun ini.

Kalau bercakap tentang pengalaman sebagai rider, mustahil tiada kisah pahit dan manis. Apatah lagi kenangan jatuh motor. Begitu juga Zira yang pernah jatuh ketika menunggang Duke dan terlanggar lori. Motor yang ditunggang Zira berlanggar dengan lori ketika hendak memasuki simpang kerana lori tersebut masuk tanpa memberi lampu isyarat terlebih dahulu. Akibat perlanggaran itu, Zira terjatuh longkang dan parutnya masih berkesan sehingga sekarang. Parut kenangan!

Nasihat Zira Kepada Girl Rider Atau Lady Rider
Kebanyakan girl rider tidaklah cukup tinggi tetapi tidak perlu risau. Walaupun terpaksa berjengket, asalkan pandai imbang (balance) takkan ada masalah. Semasa pertama kali menunggang motor, Zira pun pernah jatuh motor tapi lama-lama boleh menunggang motosikal macam biasa. Bak kata pepatah Inggeris, “practice make perfect!”

Previous Post

Crankshaft Normal Atau Extra Heavy Duty

Next Post

Kasma Dedikasi Kemenangan Untuk Haruki!

Next Post

Kasma Dedikasi Kemenangan Untuk Haruki!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved