Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gabungan Klasik Moden, Tag Harga RM8,888.00

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-28
in BULETIN, UTAMA
0

Jika anda bercita-cita untuk memiliki sebuah skuter kecil dan ringkas, SYM Tuscany 150 yang dilancarkan oleh SYM Malaysia seharusnya menjadi pilihan kepada penggemar motosikal dalam segmen skuter ini. Selain pilihan yang bijak dan tepat, rekaan yang ditonjolkan juga agak unik dan memiliki sentuhan klasik.

Tidak hairanlah, SYM Tuscany 150 kelihatan sedikit ‘genit’ namun tetap menyerlahkan gabungan antara gaya dan prestasinya. Melihat kepada rekabentuknya, penulis sendiri juga kagum dan tidak salah untuk memperkatakan bahawa SYM Tuscany 150 yang dilancarkan bersempena KL Bike Show di Putra World Trade Centre (PWTC) yang lalu menampilkan elemen antara klasik dan moden.

Bukan itu sahaja, spesifikasinya juga agak mengkagumkan. Bahkan tidak salah untuk menjelaskan banyak tentang keupayaannya. Dengan gabungan elegan dan canggih, Tuscany semestinya menjanjikan pengalaman yang ditunggu-tunggu oleh para peminat skuter tempatan selain lambakan dari pelbagai jenama lain.

Dikuasakan oleh enjin jenis satu silinder 4-lejang, model Tuscany 150 memberi ketekalan dan prestasi yang luar biasa. Dengan sesaran 149.6cc, enjin ini menawarkan keseimbangan harmoni antara kuasa dan kecekapan bahan api. Prestasi ini dijelaskan lagi dengan kuasa maksimumnya sebanyak 8.5Kw pada 8000rpm, dan tork maksimum 11.4Nm pada 5,500rpm.

SYM Tuscany 150 menawarkan pecutan yang seimbang dan prestasi tahan lama. Ia sesuai untuk penggunaan harian dalam bandar atau perjalanan jauh, menjadikannya pilihan serba boleh bagi pelbagai keadaan. Kelebihan Tuscany 150 diperlihatkan lagi dengan menggunakan system kunci pintar ataupun Smart Key System dengan penggera anti-kecurian.

Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda yang pastinya lebih memudahkan. Menunggang dengan SYM Tuscany 150 adalah lebih menyeronokkan dan selamat apabila skuter ini mempunyai lampu hadapan dan belakang yang menggunakan LED penuh untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas.

Selain itu juga, dengan paparan LCD digital penuh, ia dapat memberikan segala informasi tunggangan yang diperlukan oleh anda. Untuk kemudahan para penunggang juga, SYM Tuscany 150 dilengkapi dengan penyambung USB pengecasan pantas dimana anda boleh mengecas gajet anda tanpa gangguan.

Model terbaharu ini hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Merah, Kelabu dan Putih dengan harga permulaan RM8,888.00 tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Pembeli boleh mendapatkan model cilik ini di mana-mana pengedar sah SYM di seluruh Malaysia.

Dengan setiap pembelian mana-mana model Tuscany 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Kasma Dedikasi Kemenangan Untuk Haruki!

Next Post

Sekolah Kebangsaan Relau di Kedah, Curi Tumpuan!

Next Post

Sekolah Kebangsaan Relau di Kedah, Curi Tumpuan!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved