Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Karisma 125S, Mewarnai Gaya Hidup Anda

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-02-25
in BULETIN, UTAMA
0

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan reka bentuk terbaharu motosikal jenis skuter Modenas Karisma 125S. Model terdahulu dilancarkan pada Ogos 2003, ketika MODENAS mula memasuki segmen skuter. Sejak itu ia mendapat sambutan hangat, dan dikenali sebagai skuter 125cc yang berbaloi serta mampu milik. Pada tahun 2016, model “facelift” skuter ini telah dilancarkan dan pada tahun 2022 ini, MODENAS kembali melancarkan model terbaharu Modenas Karisma 125S.

Prestasi
Modenas Karisma 125S terbaharu ini dilengkapi dengan enjin 4 lejang bersesaran 124.8cc, silinder tunggal yang menepati piawaian “Energy Efficient Vehicles (EEV)” serta EURO 4 ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 7.0 kW @ 7500 rpm dan tork 10.0 Nm @ 6000 rpm. Dengan sistem suntikan bahan api serta tangki minyak 5.1 liter, skuter ini sememangnya memberikan penjimatan dalam tunggangan.

Kosmetik
Untuk model Modenas Karisma 125S terbaharu ini, tiga pilihan warna diperkenalkan iaitu, “Mystic Red”, “Duchess Gold” dan “Aqua Blue” yang memberikan suatu aura serta penampilan yang menarik dan berbeza. Dengan rekabentuk luaran serba baharu yang kelihatan futuristik dan “sporty” yang dipadankan dengan skema warna, grafik baharu serta beberapa ciri-ciri tambahan pada skuter ini, ianya akan menjadi tarikan kepada mereka yang menggemari konsep “urban lifestyle”.

Teknologi
Pada bahagian hadapan, model ini menggunakan lampu jenis LED yang juga didatangkan dengan lampu nyalaan siang atau “Daytime Running Lights” (“DRL”). Lampu isyarat hadapan dan belakang juga dari jenis LED yang sememangnya amat bergaya. Reka bentuk meter yang moden dipadankan dengan tolok aras bahan api digital yang mudah dilihat oleh penunggang. Sistem kunci pula dilengkapi dengan suis buka tempat duduk yang moden.

Ciri-ciri Tambahan
Modenas Karisma 125S terbaharu ini direka untuk keselesaan dan praktikaliti. Skuter ini menawarkan ruang simpanan 14 liter yang cukup besar di bawah tempat duduk yang ergonomik dan dua ruang simpan kecil pada bahagian hadapan yang membolehkan anda membawa apa sahaja barangan. Skuter ini juga dilengkapi dengan soket pengecas USB yang dipasang secara strategik pada papan pemuka, yang membolehkan penunggang mengecas telefon pintar mereka. Modenas Karisma 125S ini juga dilengkapi dengan dengan lampu kecemasan atau “hazard lights” yang amat membantu semasa kecemasan.

Pegangan Pasaran Skuter MODENAS
“Sambutan untuk motosikal jenis skuter pada masa kini sedang meningkat, dan kami sebagai sebuah syarikat pengeluar motosikal tidak akan melepaskan peluang ini. Dengan adanya produk terbaharu ini, MODENAS dapat mengembangkan lagi pasaran skuter di Malaysia. Dengan rekabentuk yang baharu, dilengkapi dengan teknologi serba moden serta harga yang ditawarkan mampu milik, saya percaya bahawa skuter ini mampu menambat hati mereka yang membelinya.” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Harga
Harga jualan yang disyorkan untuk Modenas Karisma 125S terbaharu ini adalah RM5,397 (tanpa insurans dan cukai jalan). Motosikal ini akan berada di wakil pengedar MODENAS yang sah mulai 26hb Februari 2022.

Previous Post

Imbas Kembali, Detik Permulaan Menunggang Motosikal

Next Post

Dari Seorang Mekanik Kampung Ke Podium

Next Post

Dari Seorang Mekanik Kampung Ke Podium

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved