Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Seorang Mekanik Kampung Ke Podium

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-02-25
in BULETIN, UTAMA
0

Minat mengatasi segala-galanya, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Setiap keinginan yang mahu dicapai perlu disusuli dengan usaha sehabis baik sehingga berjaya. Peribahasa ini sangat sesuai untuk anak muda dari Daerah Kodiang, Kedah iaitu saudara Azizi Fiqri B. Zaini atau lebih mesra dengan panggilan Gie.

Pemuda berusia 27 tahun dan sudah berkahwin ini berasal dari Kampung Kandis Kodiang. Bukan itu sahaja, beliau juga seorang pemilik cubcross Honda Wave 125 dan seorang mekanik motosikal yang mempunyai bengkel sendiri. AFZ Racing Motorsports.

Sejak di bangku sekolah rendah lagi, beliau telah meminati sukan motocross setelah melihat kejohanan sukan lasak ini di sekitar kawasan itu. Bermula dari detik itu, minat Gie membuak-buak dan akhirnya berjinak-jinak dengan jentera dua roda. Dari suka-suka menolong membaiki motosikal kawan-kawan kampung ketika usianya masih 13 tahun, Gie tidak lagi menoleh ke belakang. Malah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Percaya atau tidak, selepas umurnya mencecah 17 tahun, Gie mula membuka kedai membaiki motosikal secara kecil-kecilan pada tahun 2012. Selepas membuka bengkel, Gie mula membuat motosikal cubcross untuk pertandingan dan menerima tempahan dari orang-orang kampung mendaki bukit. Apa yang uniknya, Gie tidak pernah mengikuti mana-mana kursus atau bekerja di bengkel lain untuk membaiki motosikal. Benar-benar berbakat, kan?

Pada tahun 2014, Gie menubuhkan pula kelab AFZ Racing Motorsports dan bergiat aktif dengan menyertai pertandingan-pertandingan cubcross yang dianjurkan di sekitar kawasan Utara serta Pantai Timur Malaysia. Kos perbelanjaan ditanggung sendiri dan menerima bantuan dari kawan-kawan yang berkongsi minat sama. Tiada penaja kerana ketika itu, sukan cubcross dan motocross agak sepi di Malaysia berbanding sekarang.

Motosikal Honda Wave yang dimiliki Gie pula dibeli dari orang kampung yang berada dalam keadaan agak teruk pada awalnya. Honda Wave ini dikeluarkan pada tahun 2005 tetapi masih lengkap dengan geran. Kebanyakan motor cubcross yang dimiliki Gie memang secara sah. Honda Wave ini diubahsuai menjadi sebuah motosikal cubcross di mana, semuanya telah dikustomkan kecuali tapak pemegang enjin yang masih dikekalkan asal.

Beliau menggunakan fork YZ125 copy ori Indonesia untuk fork depan dan casis body dikustomkan. Manakala untuk absorber, Gie menggunakan KYB 335 CM, copy ori Indonesia. Bagi disesuaikan dengan cubcross, Gie memadankan set rim 16-19 KLX di depan dan belakang. Tayar di bahagian depan, Gie menggunakan jenama Viva 70-100/19 dan belakang 90-100/16 dari jenama Duro.

Bagi menyerlahkan sisi sporty pada motor ini, Gie menggunakan cover set body dari belakang sehingga depan dari cover set YZ125. Manakala ekzos yang digunakan dari jenama Norifumi Custom. Set brek depan dari KLX150 dan belakang 125ZR. Beliau turut menggunakan swing arm dari Modenas Kriss 110. Dipadankan dengan pemegang Protaper fat bar.

Spoket memainkan peranan amat penting dalam sukan motocross. Justeru, Gie menggunakan spoket balakang 49 dan depan 14. Jika enjin tidak dinaiktaraf, maka ia tidak lengkap. Gie menggunakan crankshaft jet 4mm, block pula 62mm dengan valve racing 23/27mm dengan karburator PWL 28mm.

Bagi makluman, Gie dan motosikalnya ini sudah memperolehi pelbagai kejayaan termasuk berjaya mendapatkan tempat di podium untuk acara cubcross yang disertainya. Semoga banyak lagi kejayaan yang bakal diperolehi saudara Gie dalam mengejar impiannya, dari seorang mekanik kampung untuk bergelar sang juara!

Previous Post

Karisma 125S, Mewarnai Gaya Hidup Anda

Next Post

Semua Benda Yang Harus Diketahui Tentang Produk Ini!

Next Post

Semua Benda Yang Harus Diketahui Tentang Produk Ini!

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved