Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Imbas Kembali, Detik Permulaan Menunggang Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-02-24
in BULETIN, UTAMA
0

Bukan semua penunggang motosikal yang anda kenal benar-benar memasang niat untuk menjadi seorang penunggang motosikal tegar. Mungkin ada yang tidak pernah terlintas langsung. Tidak kurang juga yang asalnya memilih jentera dua roda sebagai pengangkutan untuk berulang-alik ke tempat kerja dan akhirnya terjebak.

Walau apa juga alasannya, menunggang motosikal merupakan sebuah proses menimba ilmu dan mengumpul pengetahuan serta mempertingkatkan kemahiran. Ada yang menjadi mahir dari pengalaman sendiri. Mungkin juga, ada yang mendapatnya dari pemerhatian dan juga telinga yang gemar mendengar pengalaman penunggang motosikal lain. Semua itu pastinya, memberikan kelebihan tersendiri kepada penunggang motosikal.

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi, lebih lama anda menghabiskan masa dengan menunggang motosikal, semakin banyak anda tahu cara pengendalian atau keputusan yang kurang tepat di awal-awal menunggang dulu dan boleh dibuat dengan lebih baik sekarang.

Sekiranya anda memilih menunggang motosikal sebagai hobi kekal, peratusan sangat tinggi untuk belajar dari kesilapan lalu dan mengasah kemahiran yang ada. Ingatkah lagi kali pertama anda mengambil keputusan untuk menunggang motosikal? Apa perkara pertama yang dilakukan? Beli peralatan yang sesuai? Pakaian seperti jaket? Beli banyak seluar yang bersesuaian agar mudah menunggang? Bagaimana pula dengan helmet? Jenis apa yang dibeli, adakah gaya yang diutamakan?

Tak salah!

Seboleh-bolehnya, pilih pemakaian yang tepat dan pastikan semuanya memenuhi ciri-ciri keselamatan serta boleh melindungi anda tetapi jangan sampai berlebih-lebihan pula. Bukannya bergaya sahaja tetapi tidak praktikal. Bayangkan kalau anda memakai seluar berkain lembut dan mudah koyak? Atau hanya berselipar dan bukan berkasut? Dibuatnya bergesel dengan penunggang motor lain dan anda terjatuh? Sudah tentu kecederaannya agak parah walaupun hanya bergesel. Selipar putus, kuku pun boleh tercabut keluar. Ya, ini kisah benar!

Selain pemakaian yang tepat, perhatikan keadaan motosikal yang ingin ditunggang. Motosikal yang baru sahaja dibeli, ada tempoh ‘berpantang’ dan tak seharusnya dikerah tenaga sehabis maksima. Kebiasaannya tempoh ini sehingga 1000km yang pertama. Jangan dapat motor terus nak memecut. Memang seronok tapi enjin cepat rosak.

Apa perkara yang ingin anda betulkan kalau tahu cara yang lebih tepat waktu mula-mula memulas minyak dulu?

Previous Post

Sentiasa Berfikiran Positif, Bersatu Demi Minat!

Next Post

Karisma 125S, Mewarnai Gaya Hidup Anda

Next Post

Karisma 125S, Mewarnai Gaya Hidup Anda

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved