Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Maimon CK9 R, Seiring Sejalan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-03-01
in SHOW OFF, UTAMA
0

Teknologi permotoran membangunkan banyak industri di dunia dan melahirkan persekitaran yang kompetitif. Berbanding kereta, membina motosikal dan menjualnya dalam skala komersial adalah lebih murah. Kerangka yang ringkas, enjin yang mudah dibentuk serta konfigurasi pacuan yang praktikal telah melahirkan banyak pembuat motosikal jenama baru yang cuba bersaing dalam pasaran mainstream yang didominasi pengeluar Jepun.

Sejak berdekad lamanya, Honda menguasai pasaran moped, kemudian Yamaha Suzuki dan Kawasaki. Motosikal urban (dan skuter automatik) menjadi nadi penggerak ekonomi sesebuah negara membangun. Setelah lama mengaut untung dalam segmen ini, akhirnya Jepun menerima kenyataan bahawa mereka kini memiliki pesaing dari Taiwan, Korea dan China. Menakjubkan juga dek pasaran yang membesar ini, pasaran masih lagi dikongsi bersama.

Melihat kali pertama motosikal ini pun buat saya tertanya-tanya apakah jenamanya? Perbualan bermula dan rahsia tersingkap, ia sebuah motosikal jenama Nimota, model CK9R. Digerakkan oleh enjin 1 selinder 4 lejang 200cc. Jentera ini merupakan pasaran awal Nimota di Malaysia untuk memecahkan monopoli motosikal jenis naked bersaiz kecil kegunaan rentas bandar.

Pemiliknya ialah saudara Syed Dzeeky Al-Eddruce atau lebih mesra dengan panggilan Maimon. Maaf, beliau bukanlah makwe, tapi lelaki sejati yang kini bertugas sebagai seorang Business Analyst (Penganalisis Perniagaan) di salah sebuah firma perniagaan tempatan. Memiliki motosikal ini semenjak beberapa tahun lepas, beliau giat mengikuti program yang dianjurkan kelab Malaysian Community Of CK9 Bikers (MCCB) yang juga memberikannya idea untuk melakukan modifikasi terhadap jentera kesayangannya.

Perubahan minimalis terhadap rekabentuk motosikal ini melibatkan kemasukan cowling fairing lampu depan yang direka khas secara custom. Ideanya mungkin dari rupa Iron Man atau Predator? Cuma skema warnanya yang menggunakan pilihan kemasan lembut, biru laut digandingkan dengan putih. Sebuah peredam bunyi jenis slip-on aftermarket dipasangkan bersama untuk meningkatkan sedikit kuasa di samping menghamburkan deruman yang lebih sporty.

Jejaka yang berasal dari Sarawak ini aktif bergiat dalam aktiviti permotoran semasa. Antara acara yang pernah disertainya ialah Konvoi pelancaran Motobatt bersempena pembukaan Motobatt di Setia Alam pada 1 Nov 2014. Jika anda masih ingat dengan Bingit Festival di Titiwangsa, Maimon juga tak ketinggalan menyertainya. Ia merupakan acara terbesar yang pernah beliau sertai dan memberi banyak input berguna dalam meneruskan aktiviti bermotosikal ini.

Maimon juga terlibat dalam pameran bagi acara Konvensyen Keusahawanan ke 10 USIM (ISEP) bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia Nilai beberapa tahun lepas. Ternyata, apa juga acara yang dijemput, beliau pasti datang. Prinsip bikers asas yang tidak mengenal sesiapa pun asalkan anda penunggang motor, ia pasti dianggap keluarga.

Dari kesibukan kerjaya dan menguruskan kehidupan seharian, Maimon pada dasarnya masih mampu meluangkan masa bersama rakan kelab dan menyertai sebarang aktiviti konvoi yang dianjurkan. Perbualan singkat dengan beliau ternyata satu pengalaman yang berbeza. Saya dapat lihat perspektif pengguna motosikal hampir semuanya berkongsi corak dan minat yang sama. Baik pengguna superbike, roadster, naked, motor klasik, skuter, semuanya ialah tentang santai, konvoi dan hidup riang-ria.

Boleh dah mintak bos sponsor sebijik Harley Davidson ni.

Previous Post

Penyalinan Aprillia Yang Cemerlang

Next Post

Kapcai Super Moped Gathering

Next Post

Kapcai Super Moped Gathering

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved