Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Penunggangan Lebih Lancar, Selamat Dan Menjimatkan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-07-19
in BULETIN, UTAMA
0

Masih tercari-cari untuk menghiasi atau menambah aksesori tambahan pada motosikal namun kurang pasti, apakah jenama yang terbaik dan cukup sesuai dengan jentera yang anda miliki ketika ini. Jika masih belum atau sukar untuk membuat sebarang pilihan, apa kata anda membuat penilaian sendiri atau cuba bandingkan informasi yang diberikan oleh kami mengenai produk dari MMate ini.

Opss…kami masih lupa untuk mengatakan bahawa MMate adalah jenama Taiwan dan memiliki pengiktirafan Original Equipment Manufacturer (OEM). Selain itu, MMate juga kerap menjadi penanda aras kepada pemilik motosikal untuk mendapat kualiti yang terbaik produk lain untuk jentera mereka.

Clutch & Gear Racing MMate
Istilah ‘klac’ diambil guna daripada Bahasa Inggeris, ‘clutch’, bermaksud mencengkam atau memegang erat. Malah hampir semua motosikal berenjin ada klac, termasuk motosikal automatik (seperti skuter) dan separa manual tanpa klac tangan, atau dipanggil semi-auto, atau klac hidup

MMate komponen motosikal berjenama dari Taiwan memperkenalkan dua varian klac dari model Yamaha RXZ dan Yamaha LC135. Bagi kedua-dua model terbabit, MMate membekalkan satu set yang merangkumi tiga saiz berbeza.

Untuk model RXZ, MMate produk yang diakui sebagai satu komponen bertaraf Original Equipment Manufacturer (OEM) tersedia dalam saiz R-20T, R-21T dan R23T manakala bagi model LC135, MMate memperkenalkan gear terbaharu dengan tiga saiz iaitu R-22T, R-23T dan R25T.

Selain dari produk terbaharu pada bahagian klac, MMate turut memperkenalkan gear set untuk beberapa jentera terpilih. MMate membekalkan tiga produk gear racing berbeza masing-masing bagi jentera model Yamaha Y125Z, Honda EX5 Dream dan juga model Yamaha LC135.

Bagi gear racing set Y125Z, MMate membekalkan dua set gear 6TH berbeza dengan ukuran 27T dan 25T bagi model itu. Sebaliknya bagi Untuk model Honda EX5, terdapat racing gear set tunggal untuk model 4T (R-23T) manakala dua set berbeza. Ukuran yang diberikan iaitu gear ke 2ND (16T), 3RD (27T) dan 4TH (23T) dan racing gear set untuk gear ke4 berukuran R22T/R22T.

Sementara bagi model Yamaha LC135, MMate membekalkan model 4S Racing Gear untuk gear ke-4 berukuran (R-20T) dan juga saiz R-21T. Bagi Racing Geat Set LC135 pula bermula pada gear 1 (31T), 2ND (29T) dan 4TH dengan saiz 21T.

Untuk info, penggunaan gear racing kerana penggunaan komponen ini bergantung kepada beberapa faktor lain khususnya bagi memastikan ia berfungsi dengan lebih cekap. Bukan sahaja memerlukan modifikasi enjin, malah beberapa modifikasi atau pengubahsuain lain turut disentuh.

Silent Primary Gear Untuk YSuku
Bagi pemilik motosikal Yamaha Y15 atau sinonim dengan jolokan YSuku, kebisingan yang berlaku di mangkuk klac sering menyebabkan halwa telinga kedengaran tidak enak atau terganggu dengan ciptaan bunyi yang tidak menyenangkan itu.

Ini adalah kelemahan sinonim yang berlaku pada jentera YSuku berbanding model adiknya, LC135. Kerana itu, ramai yang mengeluh dan membuat modifikasi antaranya menggunakan silent primary gear untuk meredakan kebisingan ini.

Bagi yang mahukan silent primary gear dari jenis asal iaitu berukuran 24t apa kata anda bertukar kepada jenama MMate. Diakui antara produk yang mempunyai standard yang sama dengan barangan pengilang atau Original Equipment Manufacturer (OEM), Silent Primary Gear untuk model Yamaha Y15 mampu menyelesaikan masalah bising di mangkuk klac tanpa sebarang pengubahsuaian yang lain.

Bukan itu sahaja, MMate turut memperkenalkan swing arm poly bush assy atau lengan ayun yang memberi kuasa untuk menyimbangkan dan mengurangkan getaran ketika jentera meluncur di atas jalanraya.

Ekzos Racing ‘Special’ Bagi Model YSuku
Sistem ekzos motosikal EKEI dari jenama MMate yang dibina khas untuk pemilik model Yamaha Y15 terdiri daripada dua bahagian. Ia bermula dengan batang yang bengkok yang bermula daripada enjin dipanggil header dan berfungsi mengumpul dan mengatur arah aliran gas ekzos.

Fungsi Header yang bersambung di tengah ekzos dihubungkan kepada paip lebih besar dan paling menonjol yang dipanggil mufler. Tugas mufler pula adalah sebagai peredam bagi mengurangkan pelbagai bunyi yang kurang enak terhasil.

Untuk bahagian header, batang ekzos Ekei ini disaluti dengan warna krom agar ia tidak mendatangkan sebarang masalah hakisan ekoran dari tekanan haba yang diterima. Mempunyai dua lubang bersaiz 32mm (di bahagian enjin) dan lubang ditengah bersaiz 35mm untuk dicantumkan dengan bahagian muffler.

Corong atau lubang di antara penyambungan muffler dan header bersaiz 38mm sementara gas outlet yang disaluti dengan warna chrome juga bersaiz 45mm. Selain itu, turut diberikan adalah spring pengikat dan skru pengikat ekzos terbabit.

Racing Muffler Untuk Model Yamaha Y15 & LC135
Jenama Ekei dari MotoMate (MMate) terus mendapat perhatian pemilik motosikal Yamaha samada Y15 atau LC135. Populariti ini banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya kualiti yang jauh lebih baik dan produk yang diadaptasi dari jentera perlumbaan.

Produk seperti Racing Muffler jenama Ekei disediakan dalam dua bahagian. Dua objek yang diperkatakan adalah manifold/headers. Ia merupakan komponen pertama yang diallui oleh gas ekzos tatkal keluar dari kebuk pembakaran.

Disediakan dalam warna krom, bahagian ini memastikan aliran lancar dalam paip ekzos tanpa sebarang halangan. Kebiasaan manifold aftermarket bersambung bersama downpipe atau pengubah pemangkin yang dibengkok berbanding rekaan asal.

Ruang di bahagian enjin bersaiz 32mm sementara saiz di ruang untuk menempatkan muffler/peredam bunyi pula berukuran 35mm. Bahagian ini berfungsi mengurangkan tekanan yang diterima dan mempercepatkan pengeluaran gas ekzos ketika memulas pendikit minyak.

Sementara bahagian kedua dalam set ekzos jenama Ekei adalah muffler atau peredam bunyi. Dalam sistem ekzos, bahagian ini amat mudah dilihat dan ia berperanan mengurangkan bunyi yang dihasilkan oleh paip ekzos.

Ekei menyediakan gas outlet berukuran 45mm sementara penyambungan antara manifold dan perendam bunyi berukuran 38mm. Pakej ini juga disediakan dengan spring pengikat dan nut penutup dibahagian manifold.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Motomate (M) Sdn Bhd
Importers & Dealers Of Motorcycle’s Auto Parts Accessories & Helmets
No 13, 15, & 17,
Jalan Pinggir, Off Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur
No Tel :
03 – 4041 3380
03 – 4041 6418
03 – 4042 9844
03 – 4045 8288
Email : mmate1128@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/motomate3218/

Previous Post

KTM Bakal Perkenalkan Motosikal “Moto 2”

Next Post

Juara WorldSBK Enam Kali Jonathan Rea Berjaya Dapat Lesen Memandu

Next Post

Juara WorldSBK Enam Kali Jonathan Rea Berjaya Dapat Lesen Memandu

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved