Ditubuhkan di awal tahun 2009, MERO atau Meru Retro Owner merupakan kelab motor retro terdiri dari orang-orang lama yang berkecimpung dalam dunia permotoran seawal tahun 70-an. Diasaskan saudara Wak Hassan kerana minat mendalam terhadap motosikal dan juga setelah melihat fenomena retro yang melanda negara.
Disamping menyatukan kembali rakan-rakan lama, penubuhan kelab ini juga menyertakan golongan muda sekaligus membentuk senario permotoran setempat yang lebih sihat. Beberapa jenis motosikal yang terdapat dalam kelab ini termasuklah motor sebesar 500cc hingga sekecil 50cc dan cenderung kepada pengeluaran sekitar tahun 70-an hingga 90-an. Antaranya seperti RD250, GT250X7, SUZUKI T500, LC125, RXS dan macam-macam lagi.
Selain perjumpaan yang diadakan setiap malam di Restaurant Selera bersebelahan Petronas Pekan Meru, kelab ini turut mengadakan aktiviti konvoi sekitar Selangor dan menerima jemputan majlis-majlis dari para penganjur.