Semenjak berdekad lalu, Honda sentiasa memikirkan tentang motosikal dan skuter yang mampu membawa sesiapa sahaja yang tidak pernah berpeluang menunggang jentera dua roda ini. Mungkin Honda Vision 110 tidak boleh menggantikan keseronokan menunggang yang dibawakan oleh Super Cub, ia tetap mendapat tempat di hati para pengguna yang memilih skuter sebagai pengangkutan harian mereka.

Memandangkan tarikh akhir pematuhan emisi Euro 5 masih tidak dipastikan lagi, Honda mengambil peluang ini untuk mengemaskini skuter Vision 110 ini. Ia masih lagi dkuasakan oleh air-cool, single cylinder tetapi dengan anjakan 109.5cc yang lebih tinggi berbanding 108cc versi sebelum itu.

Kuasanya masing sama dengan 8.6 hp pada 7,500 rpm, dan tork 6.64 ft-lbs pada 5,750. Bagi sebuah skuter dengan berat 100kg (atau 220 paun), tujuan Vision secara keseluruhan adalah untuk memberi keseimbangan di antara kuasa memadai dan ekonomi. Ia tidak terlalu menonjol dengan rekaan yang berkilauan atau mewah atau pantas tetapi ia masih mampu membawa anda bergerak ke mana sahaja.

Bahagian simpanan di bawah tempat duduk bolh memuatkan sebuah helmet muka penuh dan menampilkan ruang penyimpanan 17.7 liter untuk sebarang item yang ingin disimpan agar lebih selamat sepanjang perjalanan. Ciri-ciri baru Vision 2021, menampilkan sistem pemberhentian lahu untuk membantu meningkatkan ekonomi bahan bakar dan ditawarkan dalam 4 warna pilihan; Mat Galaxy Black Metallic, Poseidon Black Metallic, Pearl Jasmine White dan Candy Noble Red.
Sumber : rideapart.com











